>

AWAS!!! Rokok Murah Beracun

Gambar dapat dari FB..hasil tag kengkawan aku.

Rokok murah adalah rokok yang di seludup la tu kan. Sebab ia takkan murah kalau bukan hasil seludup. Ha...kalau tempat aku ni memang berlambak la orang jual rokok murah a.k.a rokok seludup. Penjualnya adalah warga Filipina yang masuk ke negeri Sabah ni guna pasport dan ada juga yang  masuk secara haram.
Asal berjalan di kaki lima kedai di Pekan Ranau..Huh..memang ramai la kau nampak mereka ni. Aku ni sejak bercinta dengan Mr.D baru aku tau muka-muka yang jual rokok seludup ni. Sebab Asben aku salah seorang pembeli rokok seludup. wahahahah..kedapatan oooo.
Selama aku hidup juga, baru aku jumpa seorang saja yang tidak membeli rokok seludup. Iaitu bos aku. Huh...asal mahu beli rokok dia mesti cari rokok yang dijual secara 'HALAL'. Tidak kisah harga rokok ti sampai Rm10 pun. 
Pernah aku mengusik bos.." bos, sama juga bah rokok tepi jalan tu" 
"tidak sama, yang jual dikedai ni lagi selamat berbanding yang tepi jalan..."
Tu jawapan bos.

Aku berfikir...bukankah rokok tu sama saja. Sudah namanya rokok, biar ditepi jalan ka...tengah jalan ka yang dijual tetap sama. Merokok Membahayakan kesihatan!! Tengok aje gambar dikotak rokok tu. kesannya tetap sama!

Pssssssttttt....sejauh mana kebenarannya rokok murah ni beracun atau tidak aku sendiri kurang arif. Tapi namanya juga merokok...dan akan membahayakan orang disekeliling si perokok. Cuba kalau korang tegur si perokok ni diorang bagi pelbagai alasan untuk mempertahankan kebaikan merokok....ada yang mahu berhenti..tapi alasan "Tidak dapat" sebenarnya itu dari diri sendiri juga..kalau benar-benar mahu boleh bah itu...kan...
Post a Comment

LEBIH PANAS DARI BIASA!!!