>

TESTIMONI UNTUK PRODUK PELANGSINGAN DARI MAHAL KE MURAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini terasa rajin menaip testimoni mengenai beberapa produk pelangsingan yang puan Belog pernah cuba. Heheheheh...jangan gelak sebab Puan belog memang berusaha dari beberapa tahun yang lalu lagi untuk kurangkan kelebaran dan keberatan badan. 

Okey..Kisah testimoni ni kena la panjang ok. Puan Belog pernah cuba produk JDM..ala produk yang Dr.Rozmey keluarkan tu. Harga memang la mahal...Tapi masa ambik tu dulu tutup mata ajer transfer duit untuk penjual tu. Kemudian dah dapat...mula la minum JDM tu. Alahai rasanya memang dalam testimoni dekat laman web atau blog..SEDAP aje. Tapi bila Puan Blog minum..rasa hendak terkeluar balik tapi mengenangkan duit untuk membeli tu bukan dua tiga ringgit..gagahkan juga telan air tu. Ikut apa yang disarankan. Tapi pelik..bila selama seminggu ambik JDM Puan Belog tidak datang haid. Sepatutnya minggu tu masa period. Check dekat klinik bukan pregnant. Jadi Puan Belog cuba berhenti minum JDM. Alhamdulillah haid pun datang balik. (yang ni Puan Belog tidak tau adakah JDM ni memberi kesan pada hormon korang..ini testimoni sendiri) Lepas tu berpaket-paket lagi cuba dihabiskan tapi berat tidak turun-turun tapi makinnnnnnnnnnnnnnn lebar!

ALSDII pula melanda...yang ni rasanya sedap tapi mahalnya Ya Allah....RM180 untuk seminggu saja! Kalau macam PB ni yang gaji setakat berapa sangat, memang tidak tahan membeli. PB dapat habiskan 5 tin dengan mengurangkan sebanyak 3 kg saja. Hihihihi...sebab bila ada lebihan RM baru beli. Lainlah orang yang mampu beli untuk 3 bulan sekaligus kan.

Kemudian bebaru ni gelombang FELINA INCHILOSS tu melanda negara kita kan. Hihihihih..terus terang memang Puan Belog terpengaruh dan terus mahu membeli. Dan memang membeli pun..lagipun bukan untuk makan tapi sapu. Beli 6 botol. Lepas tu Sebotol tidak habis guna. Sebab bila sapu dekat perut yang memboroi, anak PB plak bising. "Mama..kenapa pedas ni?" "Mama..mata DD sakit..pedas" wahhahhaha...anak PB masa BF dia suka pegang perut PB..hahah jadi dia terpegang kesan sapuan lotion felinna inchiloss tu. Lepas tu tidak guna suda. Huhuhhhu...kata pakai sehari kurang seinci...Ala..mungkin lemak PB ni sangat degil!

Akhirnya...PB cuba satu jamu ni. Lama sudah PB tahu tapi disebabkan tidak dipromosikan secara besar-besaran macam produk lain..maka buat-buat tidak nampak la konon. Padahal harga RM80 aje. Okey...beli sebotol untuk bekalan sebulan. Kebetulan aktiviti PB setiap petang main Volley ball di kampung husband (kalau balik kampung la). Pengambilan jamu ni lebih menampakkan hasil kalau ada aktiviti sukan katanya. Baru seminggu...ada teman tegur "Eh..kau macam kurus sikit la Atie.." PB apalagi kembang bontot. Tapi pura-pura la konon. Tu baru seminggu...Dan ni sudah sebulan, bekalan untuk sebulan pun sudah habis. Dan kesannya bila ditimbang memang buat PB tidak percaya..sebab berat mula-mula adalah 72kg!!!Timbang pada 20 Mei 2013...60kg!!!Dan perasaan takut rugi lagi semasa membeli jamu ni  dulu terus bertukar rasa...menjadi ni harga dan kesan yang berbaloi!!!!

Sepanjang pengambilan jamu ni PB memang menerima pertanyaan dari kawan-kawan. "Apa kau makan?" Soalan skema kawan-kawan. PB jawab..ala..bersukan jak. (konon)Tapi niat PB sebenarnya bukan tidak mahu berkongsi tapi mahu cuba sendiri dulu dan tengok kesannya baru sebarkan. Sekarang sudah terbukti..maka PB sudah berani terus terang kalau ada yang bertanya. Setakat ni beberapa orang rakan minta order jamu ni.

Jadi kalau ada yang hendak tahu dengan lebih lanjut mengenai jamu ni silalah 
atau 
emel saja ke eryati@yahoo.com





Ini bukti PB yang sedang mengambil jamu ni. 





Post a Comment

LEBIH PANAS DARI BIASA!!!