 |
Burger Malaysia a.k.a Burger Kampung |
Resepi Burger Malaysia
Uli 1kg tepung je korang akan dapat dalam 45 biji.
Resepinya 

Sukatan utk 1/2kg tepung boleh dapat dalam 20 biji lebih(ikut pada saiz yang korang buat)
Bahan A
1/2kg tepung gandum(cap apa pun boleh sebenarnya)
3sb majerin (cikpooja guna cap pelangi)
2 bahan ni digaul sebati sampai teksturnya nampak berderai...Bahan B
1cawan air suam(1/2cawan air panas+1/2cawan air kosong)
2sb mauripan
1sb susu pekat
Suku sudu kecil garam
Cara bancuhnya
Mula-mula sediakan air suam,masukkan mauripan,susu pekat,garam dan kacau sebati .(bancuh dlm bekas besar dari cawan yea...sebab nanti yis nak mengembang)
Biarkan bancuhan yis tu dalam 15-20mnit
Bila bancuhan yis dah berbuih tuang kedalam bahan A tadi, gaul-gaulkan sebati kemudian uli laaa...
Kalau air yis tu tak mencukupi boleh tambah air biasa sedikit demi sedikit untuk dapatkan doh yg lembut (bukan lembek yea)
Uli sampai doh jadi cantik, tepungnya tak melekat ditangan dan itu kiranya ulian doh tu dah lulus
Dah siap uli, biarkan doh rehat selama 20-30mnit...
Bila doh dah naik 2xganda, boleh la bentukkan bulat-bulat yea...
Dah bentukkan bulat-bulat, sebelum goreng tunggu doh tu kembang dulu tau maksudnya dia kembang lagi sekali ganda baru boleh digoreng
Panaskan minyak menggunakan api perlahan(kalau guna api besar, nanti pau korang terkejut, tekstur kulitnya boleh jd kuba balau
)goreng la pau tu dengan api perlahan yea,tapi pastikan minyak kene panas sempurna sebelom goreng...
Masa goreng tu,balik2 kan la pau tu supaya masak seia sekata sehati sejiwa yea
Bila dah kekuningan keemasan maka boleh la angkat.
2labu bwg besar
5ulas bwg putih(Tumbuk yea baru sambal sedap)
Segenggam ikan bilis( basuh bersih)
3sb cili kering kisar(Diblender kasar yea...hancur2 manja je)
Tumis bawang yang ditumbuk sampai semerbak harum mewangi(minyak tak payah la sampai banjir yea)
Masukkan ikan bilis dan cili yg dikisar manja tadi.
Tumis sampai betul-betul masak elok
Masukkan sedikit air asam jawa
Masukkan gula garam secukup rasa
Agak sambal dah kering elok...siap la..Okeyyyyyyy..siap dah...mudah je kan...
Selamat mencuba 
Resepi ikhlas dr Cikpooja FB
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...