30 Jul 2025

RESEPI BURGER MALAYSIA

 

resepi burger malaysia, burger kampung, burger malaysia, pau goreng
Burger Malaysia a.k.a Burger Kampung


Resepi Burger Malaysia

😋
Uli 1kg tepung je korang akan dapat dalam 45 biji.

Resepinya 👇👇

Sukatan utk 1/2kg tepung boleh dapat dalam 20 biji lebih(ikut pada saiz yang korang buat)

Bahan A

💚1/2kg tepung gandum(cap apa pun boleh sebenarnya)
💚3sb majerin (cikpooja guna cap pelangi)
👉2 bahan ni digaul sebati sampai teksturnya nampak berderai...
Bahan B

💚1cawan air suam(1/2cawan air panas+1/2cawan air kosong)
💚2sb mauripan
💚1sb susu pekat
💚Suku sudu kecil garam

Cara bancuhnya

👉Mula-mula sediakan air suam,masukkan mauripan,susu pekat,garam dan kacau sebati .(bancuh dlm bekas besar dari cawan yea...sebab nanti yis nak mengembang)
👉Biarkan bancuhan yis tu dalam 15-20mnit
💜Bila bancuhan yis dah berbuih tuang kedalam bahan A tadi, gaul-gaulkan sebati kemudian uli laaa...
💜Kalau air yis tu tak mencukupi boleh tambah air biasa sedikit demi sedikit untuk dapatkan doh yg lembut (bukan lembek yea)
💜Uli sampai doh jadi cantik, tepungnya tak melekat ditangan dan itu kiranya ulian doh tu dah lulus✔️
💜Dah siap uli, biarkan doh rehat selama 20-30mnit...
💜Bila doh dah naik 2xganda, boleh la bentukkan bulat-bulat yea...
💜Dah bentukkan bulat-bulat, sebelum goreng tunggu doh tu kembang dulu tau maksudnya dia kembang lagi sekali ganda baru boleh digoreng
💜Panaskan minyak menggunakan api perlahan(kalau guna api besar, nanti pau korang terkejut, tekstur kulitnya boleh jd kuba balau😝)goreng la pau tu dengan api perlahan yea,tapi pastikan minyak kene panas sempurna sebelom goreng...
💜Masa goreng tu,balik2 kan la pau tu supaya masak seia sekata sehati sejiwa yea😝
💜Bila dah kekuningan keemasan maka boleh la angkat.
RESEPI SAMBAL BILIS
💚2labu bwg besar
💚5ulas bwg putih
(Tumbuk yea baru sambal sedap)
💚Segenggam ikan bilis( basuh bersih)
💚3sb cili kering kisar
(Diblender kasar yea...hancur2 manja je)
👉Tumis bawang yang ditumbuk sampai semerbak harum mewangi(minyak tak payah la sampai banjir yea)
👉 Masukkan ikan bilis dan cili yg dikisar manja tadi.
👉Tumis sampai betul-betul masak elok
👉 Masukkan sedikit air asam jawa
👉 Masukkan gula garam secukup rasa
👉Agak sambal dah kering elok...siap la..
Dah siap semua tu....
💜Amik pau goreng tadi,belah tengah tapi jangan smpai putus (pakai gunting senang)
💜Letak la sambal,ikut la nak berapa banyak mana pun.
💜Letak timun boleh, letak sayur salad keriting tu pun boleh.
Okeyyyyyyy..siap dah...mudah je kan...
Selamat mencuba 😉
Resepi ikhlas dr Cikpooja FB





Tiada ulasan

Catat Ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...