Resepi Kek Oren Mudah dan Sedap
KEK OREN PERASAOREN KISAR
Ini sebenarnya hasil ketiga untuk kek perasa oren ni. Puan belog suka buat kek ni sebab mudah saja..main blender aje. Kau nak campak dalam bekas blender tucampak la...kompom jadik punya. Cuma kek ni kalau ikut resepi (alahai lupa la pulak mana puan belog dapat dulu) memang manis banget!
Jadi puan belog ubah ikut rasa yang puan belog suka ya...
RESEPI KEK PERASA OREN
2 biji oren/sunkist (satu untuk hiasan atau untuk campur pada kek pun okey aje)
1 1/2 cawan minyak masak/minyak jagung
2 cawan gula (saya guna 1 1/2 cawan)
3 biji telur(saya guna 4 biji telur gred C..tu aje ada dalam peti ais)
1 sudu baking powder
2 cawan tepung gandum
(saya letak sedikit soda bikarbonat)
Caranya
Cuci buah oren yang hendak dikisar. Parut kulit kuningnya saja. (Jangan parut sehingga kulit putihnya ya..pahit) Bersihkan buah oren yang sudah diparut kulitnya tadi dan potong-potong, buang urat putih dan biji. Masukkan dalam bekas pengisar.
Masukkan gula,telur,minyak dan buah oren yang dipotong-potong. Kisar la. Oooo ya..puan belog masukkan sedia baking powder dan soda bikarbonat dalam bahan-bahan yang dikisar. Akhir sekali, lepas dikisar pindahkan ke bekas lain dan masukkan tepung. Gaul sebati dan bakar.Suhu dan masa ikut kesesuaian oven masing-masing.
Dan..hiaslahmengikut kesukaan korang. Puan belog hias macam dalam gambar di atas tu. Sebelum ni ada buat tapilupa ambik gambar muka kek. ehehehh
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...