alasan untuk jadi JAHAT dan buat JAHAT
Sila nyanyikan lagu JAHAT Stacy bila baca entri ni...
Sumber gambar dari blog Puteri Jasmean Sofia
Tengok gambar di atas tu...kenapa asal jahat mesti kaler dia merah?huhuhu..tak puas hati ni. Sebab kaler belog ini juga merah (tak bermakna aku J.A.H.A.T) Asal baik kaler dia tak putih biru... Asal jahat tak hitam merah la kaler dia. (terus teringat masa bebudak kecil dulu...aku selalu dapat kaler warna merah..)
Ya...bila kita dilukai,dikecewakan,disakiti,ditinggalkan berkali-kali bukanlah harus dijadikan alasan untuk jadi atau buat JAHAT. Bila kau sedang gembira dialam percintaan...bahagia disayangi oleh kekasih baru ingat Allah SWT. Baru tahu berterima kasih kepada Allah SWT. Pelik kan...bila dilanda masalah fikiran jadi sempit sehingga sanggup berniat mahu jadi orang yang jahat. Apa...dengan jadi jahat kamu akan temui kegembiraan semula? Sewel betul la pemikiran macam tu...
Cuba kamu fikir...duka yang kamu alami sekarang mungkin diakibatkan kesilapan kamu yang lalu?...membuat orang lain berduka tanpa ada usul periksa...dan bila orang itu berduka kamu senang hati. Kini bila terjadi pada diri sendiri mulalah lupa diri kamu..kamu ingat diri kamu tu baik sangat...padahal sebelum ini kamu yang jadi punca dukanya seseorang....Sedar la...
Ops...rasa macam sedang luahkan rasa hati pulak. Tapi sebenarnya ehhehehe..adalah tu....Lepas ni kalau ada individu terasa(siapa suruh kau cepat terasa?) terpulang la...aku taip berdasrkan yang aku baca dalm novel-novel dan pengalaman sendiri...serta dari pemerhatian aku...
Sekian
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...