Parenting Journey VS Taare Zameen Par
Parenting Journey VS Taare Zameen Par
Cerita ni bagus bagi yang nak faham anak yang ada masalah dyslexia. Salah faham yang serius dengan anak buat anak rasa tersisih & di pandang hina oleh kawan-kawan, cikgu malah ayah sendiri. Patut ayah dia baca buku Parenting Journey ni..hehehe
Taare Zameen Par tajuknya.
Bila saya menonton movie ni, baru saya terperasaan anak buah saya seorang ada simptom-simptom dyslexia. Saya jenis yang tidak kisah sebenarnya dengan ipar-duai saya, lebih-lebih lagi dalam cara mendidik anak. Cara saya mendidik tidak sama dengan mereka, maka saya tidak akan tegur. (siapa saya nak memandai-mandai kan?) Kadang timbul dihati saya, nak bagi jer buku Parenting Journey tu supaya berilmu sikit. Tapi nanti bukan dibaca pun..sebab sibuk dengan hp jerr.
Tapi bila si anak dibiar dan diurus oleh anak pertama dia (lain bapa) yang baru saja tamat STPM. Ibunya tidak bekerja tapi ikut suaminya yang bertugas di satu tempat (Tak perlulah saya nyatakan) Sebenarnya, boleh jer stay jaga anak istimewa ni tapi apa yang saya nampak mereka lebih lepas tangan dan lebih tumpukan pada anak kedua mereka dan suaminya. Dulu pun, masa masih kecil anak pertama ni dia biarkan juga mak bapa dia jaga. Sekarang, dah besar dia suruh jaga anak baru dia pulak.
Paling kasihan bila, dibiasakan dengan gadjet, makanan ringan (jajan) dan makanan segera sebab MALAS sediakan makanan berkhasiat.
Setiap anak ada sifat semulajadi tersendiri yang kadang beza 'sikit je' tapi lebih bermasalah ialah anak yang ada beza 'banyak' berbanding kanak-kanak lain.
Tapi hakikatnya kebanyakan anak di ajar & dikerah untuk jadi 'sama' semuanya.
Setiap anak ada sifat semulajadi tersendiri yang kadang beza 'sikit je' tapi lebih bermasalah ialah anak yang ada beza 'banyak' berbanding kanak-kanak lain.
Tapi hakikatnya kebanyakan anak di ajar & dikerah untuk jadi 'sama' semuanya.
Bagus movie ni... tak jemu tengok. Usaha seorang guru dengan cara tersendiri mendepani anak istimewa. Sebak rasa tengok cerita ni. anak istimewa yang punya dunia imaginasinya tersendiri. Pandangan kita tak sama dengan keadaan sebenar mereka. Perlukan semangat juang dan kesabaran dalam mendepani anak-anak istimewa begini
Yang sebenarnya anak hari ini tak ada beza dengan anak generasi 70 80 90an pun..
Kanak-kanak zaman mana pun sama je..
Hatta zaman jahiliah dulu pun kanak-kanak sama je fitrahnya. Yang beza bukan anak tapi mak ayah.
Mak ayah 70 80 90an mereka tak pernah sengaja memilih untuk marah anak tanpa sebab.
- Tapi mak ayah sekarang sengaja marah anak dengan alasan itu cara untuk mendidik.. tak semua tapi ada..
Mak ayah 70 80 90an dulu mereka tak pernah menolak ilmu parenting, apa sahaja yang orang tua tua sampaikan itulah ilmu mereka.
- Tapi mak ayah sekarang dengan sengaja menolak ilmu parenting, sengaja memilih untuk tak nak belajar, mereka pulak sengaja nak jadi jahil.. tak semua tapi ada..
Mak ayah 70 80 90an anak mereka mencabar juga, tapi dulu tak ada media sosial nak banding banding anak sangat..
- Tapi sekarang? Tahu tahu sendiri la.. semua nak berlumba lumba jadikan anak trofi kejayaan parenting masing masing.. tak semua tapi ramai begini..
Yang sebenarnya kita ni tanpa sedar tak mampu MOVE ON daripada masa silam tu je. Jangan ikut akal, perasaan & pengalaman semata mata dalam mendidik amanah besar ni.
2 perkara ni je patut jadi ikutan baru kita tak sesat.
Quran ( ilmu & panduan )
Sunnah ( praktikalnya )
Assalamualaikum KG , lama kak ana tak singgah sini :)
BalasPadamWaalaikumussalam Kak Ana. bila kita beralih ke TT..blog pun bersawang hingga hilang Kak ana. hinggakan domain kakgojes tu dah kena beli oleh org luar. Ni muncul semula d sini untuk hilangkan kerinduan berblog.
Padam