Breaking News

Sapa cakap cinta SEMESTINYA bersatu?

 anjuran






Sumber : aca6nisa

Selamat berhari Jumaat. Nah gembira sudah yang selalu mengeluh bila hari Isnin tiba tu. Sebab balik kerja jak hari ni...start sudah cuti sehingga hari ahad. Kan....

Okey...ni entri sebenarnya lama sudah mau ditaip tapi lupa...asyik...asyik lupa. Kali ni teringat jadi terus taip la. Kisah tajuk entri ni muncul sebab yang entah bila tu aku ternampak di wall facebook seseorang dengan menyatakan seperti ini...
"Siapa bilang Cinta Tak Semestinya Bersatu?...apa guna tu ikatan perkahwinan?"
Terus aku terfikir dengan ayat dia tu. Eh...memang betul tu CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU. Tapi aku tidak komen di status dia la. cuma berperang dengan kata hati sendiri saja. Korang setuju ker dengan pendapat dia?

Pendapat aku...Ya memang ikatan perkahwinan tu bagus...dan sangat la bagus agar tidak terjadinya maksiat. Tapi cuba la kalau seorang lelaki mencintai dua gadis...adakah dia perlu berkahwin dengan kedua-duanya sekali? Islam membenarkan beristeri lebih dari satu dan tidak lebih empat.... jadi perlukah macam ni? Lagi satu... kalau la si polan ni suka si minah ni tapi si minah ni tak dapat balas cinta dia..perlu guna perkahwinan juga ker? Nah...salah sudah kau punya pendapat tu kawan. Betul...Cinta tak semestinya bersatu..kau cintakan seseorang..tapi seseorang tu milik orang lain, sudah namanya cinta tak semestinya bersatu kan. Nah...malas aku mau fikir-fikr pasal ni..hari ni baru dapat kasi lepas. kalau masih ada yang sokong pendapat si kawan ni...bagitau la di sini ah...

Aku buat satu contoh lagi...konon aku cinta gila sama si Yusri (yang kini suami puan Lisa Surihani) oleh kerana terlampau cinta aku paksa si Yusri kawin sama aku..Padahal si Yusri bukan suka dan cinta sama aku...boleh kah? Nah kan...jadi biarlah kunun aku simpan rasa cinta aku pada dia...demi kebahagiaan dia. Jadi aku terima saja lelaki yang cintakan aku...<----contoh okey....

sekian...

Jangan lupa tau..singgah blog
dia ada anjurkan

1 ulasan:

  1. Hmmmm... Aku pun nda setuju.. Cinta mmg x semestinya bersatu.. Melainkan dua2 pihak memang satu hati mau bersama juga. Kalau 1 pihak ja, mana jadi oh.. :))

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...