Ajar anak jaga kebersihan diri...menyusahkan?...
Gambar hiasan semata...kredit pada PAK CEK BIOLA
Selamat bertemu kembali..hari ini baru rasa rajin menaip entri baru. Setelah dua hari berhempas pulas bermain futsal konon...(padahal sehari aje...) sehari lagi bertugas aje sebagai AJK.
Ok..kali ni pasal anak la pulak. Terlintas difikiran ni menaip pasal ni bila ternampak sesetengah individu mengajar anaknya tentang kebersihan. Salahsatu kebersihan yang paling aku utamakan pada anak-anak...ialah kebersihan diri. Bila tubuh badan bersih maka benda atau makanan yang kita pegang pun tidak tercemar. (eh betulkah?) ngeheheh...semua pun patut dijaga kebersihannya.
Apa yang terjadi adalah seorang ibu dan anak perempuannya yang mungkin baru berusia 3 ke 4 tahun. Si anak memberitahu maknya yang dia hendak buang air kecil. Si maknya ni...arahkan.."eh...Ain kencing aje di tepi sana tu..." atau pun kalau duduk-duduk di beranda rumah si mak akan kata begini "Ala...Ain buka seluar kencing la dekat luar tu ha..." <---- ni bukan cara aku suruh anak duduk dekat mana-mana dan buang air kecil. Pernah aku buat bila tempat tu langsung tiada sumber air..tapi anak sudah terdesak sangat hendak buang air kecil. Aku terpaksa pujuk supaya dia kencing aje tapi tanpa basuh tang situ...Anak perempuan aku berkeras tidak mahu dan mahu air juga. Proses ni perlu ada pergaduhan kecil dulu baru anak aku mahu menurut arahan aku.(kalau aku pun tidak selesa tanpa berbasuh)
Dan bila biasakan anak-anak buang air kecil di luar rumah berdekatan dengan beranda...tempat tu akan busyuk la..busuk kencing...ngehehehhe...nanti orang bertandang pun rasa tak selesa aje menghidu suasana yang kurang sedap aromanya...
Tapi hairan dengan sesetengah mak-mak...biasakan anak mereka buang air tanpa basuh. Jadi pada pendapat aku perangai maknya pun sama la macam yang dia suruh anaknya buat tu.(tak basuh) wahahahah....
Sebenarnya anak-anak ni kalau kita biasakan dari kecil tentang bersih...dia akan biasa buat sampai dewasa. Begitu juga sebaliknya jika kita biasakan mereka dengan kotor..ha..tu la yang mereka amalkan.(sebab mak aku ajar macam ni dari dulu...kata anak tu...)
Entri ni bukan hendak mengajar sesiapa juga diluar sana..saja hendak mengulas pasal sikap mak-mak yang patut diubah. Siapa saya hendak mengajar anda kan...eheheheh.
Ok..sekian dulu
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...