HANTU SAMPUK
Jom reramai meriahkan
GIVE AWAY
GIVE AWAY
anjuran
Gambar ni dari ABU UMAR
M.E.N.Y.A.M.P.U.K
Siapa tidak faham makna menyampuk? Ha..jangan salah faham pulak..bukan kena sampuk hantu yer. Okey ini adalah satu perangai yang aku kurang gemar. Walau sesiapa saja yang buat perangai ni...
Kenapa aku tidak gemar? Sebab bila kau sedang bercakap dengan seseorang..dan tetiba ada orang yang bukan dalam perbualan itu pulak yang mencelah atau menyampuk. Kau akan rasa semacam. Macam aku..bila aku berbual dengan kawan..tetiba ada kawan ni menyampuk lagaknya serba tau...memang la aku tidak suka. Aku bukan bercakap dengan dia...jadi buat apa dia mencelah?menyampuk?
Dan lagi...sebenarnya orang yang GEMAR menyampuk atau mencelah ni sebenarnya berlagak SERBA TAU.<---- ni pendapat aku. Contoh kau berbual dengan dialog ini:
Aku: Saya tidak dapat pastikan samada si minah senget dapat join ker tidak aktiviti kita ni...sebab kalau saya listkan nama dia tanpa bertanya nanti dia tidak mahu join...kalau tidak list pun saya serba salah..
Kawan: Ya..saya faham juga tu..nanti..
TUKANG SAMPUK : Ah...si minah senget tu sudah tau bah pasal semua aktiviti program ni...
Aku: mana kau tau? (dengan nada kurang senang)
TUKANG SAMPUK: Mungkin la...bla..bla..bla..bla...
Ha..tu contoh si tukang sampuk yang berlagak serba tau. Padahal SIFAR!!!!!
Lagi..aku malas bila sibuk-sibuk aku bercakap tentang hal yang penting..tetiba si tukang sampuk cepat-cepat menyampuk. dengan harapan dia dapat perhatian kut...Aku rasa la...sebab apa tujuan tukang sampuk ni kalau bukan minta perhatian lebih?Suka-suka?..Aku rasa macam mau nyanyi lagu BENGANG aje la..kalau dalam situasi ni. Karang aku tanya si tukang sampuk ni dengan lebih detail..terkebil-kebil jugak..berabis mencari jawapan. Nah..matai la kau sana tukang sampuk! Benci aku sama perangai kau tu..kau ni kena sampuk hantu mangkali
Pssssssssssstttttt...entri kali ini ada 'BUNYIK' slang SABAH...sebab aku orang Sabah. Tahun lalu aku pernah di maki hamun oleh kaum ANONYMOUS sebab aku tulis entri blog dengan bahasa sabah. Sampai dibezakan blog aku dengan Cik Hanis Zalikha.
Selepas dari kejadian itu aku guna bahasa baku la konon...(walhal..orang lain yang guna bahasa negeri memasing tiada pulak kena bising...)
Jangan lupa tau..singgah blog
Sgt tidak suka bila dikomen yg nonsense.. Huhu..
BalasPadam