Breaking News

APRIL FOOL...jangan persendakan diri kita sendiri...

Selamat bertemu kembali...10 hari tidak updated blog memang membuatkan traffik jatuh menjunam (hihihi..walaupun traffik tak banyak mana..)


Hari ini 01 April 2012 (Ahad). Masa sekolah dulu ramai kengkawan suka kenakan orang pada tarikh ni. Aku kebinggungan pada mulanya..sebab apa perlu adanya April Fool? Sampai sekarang walaupun sudah kurang terdedah dengan benda ni tapi masih ada segelintir manusia yang masih 'AMALKAN' kenakan orang pada 1 April.

Hari ini masa tengok-tengok di FB..terbaca pasal seorang insan yang mintak maaf sebab dia kata dia tidak mengandung lagi. (maknanya dia mempermainkan orang dengan mengatakan dia mengandung) kemudian aku masuk ke ruangan wall dia. memang betul dia ada post kan di wall dia yang dia mengandung....dan ramai la yang ucap tahniah. (padahal dia cuma bergurau atau aku andaikan dia guna 1 April ni untuk buat macam tu) 

Tapi pada aku la... benda-benda macam mengandung ni usahlah dibuat untuk kenakan orang. Mungkin lucu pada diri kita yang mahu mengenakan orang..tapi jangan sangka kelucuan itu akan berpanjangan. Jika ramai diantara mereka yang ucap tahniah tahu dipermainkan...apa mereka akan kata bila tahu kita hanya mengenakan mereka saja? Dan...jika Allah SWT menarik kelebihan kita sebagai wanita yang sempurna (boleh mengandung kepada tidak dapat mengandung?) apa kata anda?

Oleh itu...tengok-tengok jugak la kalau pun mau bergurau...Anda belum merasa penantian untuk dapatkan anak..cubalah anda ditempat mereka yang benar-benar mahukan anak tapi masih belum dikurniakan anak...Renung-renungkanlah...

Sekian...

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...