Kuih Penyaram atau Pinjaram?|| Resepi Kuih Pinjaram
Cer tengok sini... apa yang menarik tentang GIVEAWAY ni
Gambar dari kamera hp sendiri ok...
Konpius dengan nama kuih... penyaram atau pinjaram? Aku dari kecik sehingga dewasa ini sudah serasi dengan nama Pinjaram. Tapi walau apapun namanya kuih ini, ini memang kuih kegemaran aku. Sekali makan boleh habis 5 bijik. huhuhu..sedap ni...
Okey la..sebenarnya sudah hampir 10 tahun aku tidak buat kuih ni. Dalam maksud kata yang lain..menjatuhkan dalam kuali sehingga siap. Ya...mama aku kata kuih ni kuih cerewet. sejak belajar dengan mama, sehingga kini memang ingat dengan pesanan mama. Heheheh...kalau buat kuih ni jangan marah-marah nanti sumbing tu. (aku percaya sebab pernah marah-marah masa mama suruh aku buat kuih ni)
Kalau tidak membuat..bila nampak di pasar malam orang menjual kuih ni..wajib aku beli. Tapi mesti check dulu lembut atau tidak... Pernah sekali dapat yang keras...alahai mau makan pun tiada selera.
Resepi kuih Pinjaram ni
1 plastik tepung beras
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula atau secukupnya
sedikit garam
air secukupnya
Bancuh saja semuah bahan di atas tu. Jangan la pulak terlalu cair atau pekat ya. Dan lagi...aku paling suka bila perap bancuhan ni semalaman...kalau lepas bancuh terus buat kadang-kadang tak cantik. (Bagi aku la) Mungkin berlainan dengan orang lain...
Ok...kalau nak cuba sila la....
Tapi jangan lupa jenguk GIVEAWAY ni tau
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...