Kuih Linabok Ubi atau Lepat Ubi
Kuih Linabok atau lepat ubi
Kuih ni dipanggil kuih linabok kalau ditempat aku. Kurang pasti dari mana asal-usul nama LINABOK ni..agaknya si Lina dengan si Abok ni yang cipta kuih ni lepas tu gabungkan nama mereka untuk kuih ciptaan mereka ni. romantik la kunun...<---- huhuh..ni kisah ciptaan aku saja. Tapi kuih linabok ni memang salahsatu kuih yang terkenal di daerah Ranau juga.
Ada macam-macam linabok sebenarnya..antaranya linabok ubi (macam gambar di atas), linabok beras, linabok pisang...dan labu pun boleh buat linabok juga. Kalau tidak silap aku orang melayu panggil kuih ni kuih lepat ubi kan...(kalau salah sila betulkan)
Resepi kuih ni(Cara aku sendiri)
Ubi Kayu yang diparut
Gula secukupnya
Garam secubit
Kelapa parut
Daun pisang untuk membungkus
Caranya mudah..campur saja semua bahan kecuali daun pisang. Jangan tambah apa-apa...air pun jangan ya..lepas tu bungkus.Dan kukus selama 45 minit.Siap...Sedap di makan masa dah sejuk...Nyum..nyum...
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...