Resepi Agar-agar Cermin Bersusu(cubaan kali kedua)
Assalamualaikum dan salam pertemuan kembali di belog yang sudah lama bersawang ni. Ngeheheh..siapa suruh malas update kan. Okeylah..sepanjang melayan kemalasan berbelog..aku terajin mencuba beberapa resepi ringkas..dan salahsatu adalah Agar-agar Cermin Bersusu ni.
Resepi ni aku dapat dari blog Teratak Chetam. Tertarik dengan keindahannya..maka aku mengetest sendiri la konon. Ternyata..jadik jugak la.Ni aku sajikan gambar sebelum di tabur dan sebelum agar-agar mengeras. Ni cubaan kali kedua ni...
Masa ni agar-agar berkaler tu duduk dekat bawah. Pelik juga apasal tidak timbul ke atas macam dalam resepi asal tu...Ha..gambar putih suci dan murni aje kan...
Okey..ni aku sudah terbalikkan yang muka atas putih bersih tadi aku kasi duduk di bawah. Dan kelihatannya memang menakjubkan buat mata aku yang kejakunan sekejap. Hikhikhik...dengan kembang kempis hidung aku..aku puji diri sendiri aje la..ekekekke...Ekcited berabis mengambil gambar dari segala sudut....
Ops...yang mau cuba buat agar-agar ni..ni resepinya
Bahan-bahan
Sumber: Teratak Chetam
agar-agar serbuk kaler white/clear (aku guna 2 paket)
Air secukurpnya
gula secukupnya
Susu/santan
Pewarna ikut kesukaan
daun pandan
Cara-cara
Masak sepaket agar-agar tanpa meletakkan kaler..lepas masak bahagi la kepada 3 bahagian atau dua. Dan letak la kaler yang kita suka. Biarkan keras baru di potong-potong ikut saiz yang kamu suka.
Kemudian masak sepaket lagi agar-agar, kali ni letak susu atau santan...Ops jangan lupa gula ya...(yang berkaler 3 bahagian tadi tu kalau korang mau kasi manis terpulang la...) sudah masak..letaklah atas talam ke atau mana-mana bekas yang kamu mahu..then tabur la itu agar-agar berkaler2 tadi. SIAP.
Oh ye..pandan tu korang masak bersama-sama agar-agar tadi..supaya wangi...
Atau boleh melihat resepi asalnya di SINI
Okey...nanti aku sajikan pula agar-agar cermin bersusu cubaan kali pertama aku...Sekian dulu
cantiknya... dan nampak sedap bila tengok awal pagi nih... hu3... perut belom sarapan... -.-'
BalasPadamWahhh warna warna agar-agar ni...
BalasPadamnak cuba la buat agar-agar ni
BalasPadam