Adam dan Hawa diadaptasi ke drama
Ni buku aku sendiri..Ops ..buku yang dibeli yerrrr....
Sebenarnya suda dua kali khatam baca novel Adam dan Hawa ni. Sekarang mau baca untuk kali ketiga sebab kononnya mau merasai aura dramanya nanti. Kononnya bakal ditayangkan pada 27 Ogos 2012.....9 malam...tu pun di ASTRO Mustika. Cissss...maknanya aku kompom la tidak boleh menonton.
Apapun..biarlah kalau ditayang di Astro Mustika (baca dengan nada merajuk).Baik aku layan tidur saja malam ni...
Para pelakon drama ni antaranya Aaron Aziz (Adam Mukhriz), Nadia Nissa (Ain Hawani)
Lain-lain pelakon: Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin)
Buat mereka yang melanggan Astro Mustika tengoklah malam ni yerrrr...
AIN
HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap
perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz
terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka
terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Sebenarnya suda dua kali khatam baca novel Adam dan Hawa ni. Sekarang mau baca untuk kali ketiga sebab kononnya mau merasai aura dramanya nanti. Kononnya bakal ditayangkan pada 27 Ogos 2012.....9 malam...tu pun di ASTRO Mustika. Cissss...maknanya aku kompom la tidak boleh menonton.
Apapun..biarlah kalau ditayang di Astro Mustika (baca dengan nada merajuk).Baik aku layan tidur saja malam ni...
Para pelakon drama ni antaranya Aaron Aziz (Adam Mukhriz), Nadia Nissa (Ain Hawani)
Lain-lain pelakon: Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin)
Buat mereka yang melanggan Astro Mustika tengoklah malam ni yerrrr...
Sinopsis belakang novel
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
(psssssssssst...ni adalah entri repost dari URL lama yer...)
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...