Resepi Jus Kasturi PMC @ Rumpai Laut
Sumber : PATY'S KITCHEN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Gambar jus kasturi di atas memang menyelerakan bukan?..hihihh..tapi itu sekadar gambar hiasan. Puan Belog memang buat Jus Kasturi sendiri tapi tiada gelas yang ramping macam digambar tu untuk diambik gambar buat model di entri ni. Makanya...puan Belog google saja la.
Untuk pengetahuan..Puan Belog sejak menjual Pure Marine Collagen atau Rumpai Laut Asli dengan kawan-kawan sekampung (Kampung husband) rajin sudah konon minum PMC ni. Tapi bukan makan begitu saja...uweeekkkk Puan belog mau termuntah bila hidu bau PMC ni. Oleh itu Puan Belog cari ikhtiar sendiri untuk buangkan bau tidak sedap tu. Kebetulan tepi rumah MIL ada pokok limau kasturi yang hidup subur dan sentiasa berbuah.
Tidak sampai limah langkah sudah dapat capai buahnya. Puan Belog buat la konon jus kasturi kemudian masukkan dua atau tida sudu PMC yang sudah dimasak. Ha..ambik kau..memang enak diminum tanpa ada kesan bau!!! Percaya atau tidak..korang kena cuba buat..Tapi mesti limau kasturi. Sebab kawan yang pernah guna limau kapas dia kata masih ada kesan bau PMC tu. Kompom kau rajin amalkan minum PMC bersama jus kasturi
RESEPI JUS KASTURI RUMPAI LAUT @ PMC
(Hidangan untuk diri sendiri sudah tentu segelas saja kan..)
5 biji kasturi
secukup gula
2 sudu rumpai laut yang siap di masak
Gaul dan kalau mau sejuk sila la tambah ais..tapi lebih elok minum tanpa ais. Puan Belog sekarang kurangkan pengambilan ais. Jadi minum Jus Kasturi Rumpai Laut yang tak sejuk. Tapi masih Sedap!!!!
resepi baru..:)
BalasPadam