TWILIGHT MOVIE
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ya...mesti korang yang baca tajuk entri ni kata dalam hati "huhuh...apalah dia ni dah ketinggalan pasal movie TWILIGHT" hahahah..suka hati ahkak la mau layan sekarang movie ni. Bukan minta korang belikan DVD atau buku dia pun. Tapi nak minta tolong aje...siapa tau link untuk download movie dia ni dari awal. Okey..ada kisahnya kenapa ahkak baru layan kisah ni.
Alkisah.... Masa movie dia ni memula dulu, ahkak mana ambik kisah. Eh...kengkawan asyik cerita pasal menatang ni pun ahkak buat bodoh aje. Tapi layan lagu aje. Pelakon? ada ku kesah siapa pelakonnya? ngahahah itu dulu. Nah..sekarang sudah terjebak disebabkan anak buah ahkak bagi tengok movie terbaru TWILIGHT ni. Tahun ni keluar kan? atau ahkak silap...Sudah TERRRRlayan yang terkini...beberapa hari kemudian TERRRRRRRRtengok yang kisah pertama sekali. Ada sedikit jawapan pada soalan semasa menonton yang terbaru....Akhirnya, buka google kemudian berabis mengeledah setiap pelosok website yang bagi LINK untuk download. Ada juga yang bagi tapi PENIPU aje...bagi link tapi tidak boleh DOWNLOAD. LINK SPAM la tu...Setakat ni baru dapat 3..itu pun LQ..Low Quality. Janji tertengok...
Dan...sesudah tertengok yang didownload...rasa penyesalan timbul. Sebab ada adegan yang bisa buat airmata ahkak jatuh wokey...Keji sungguh movie ni.
Apapun...ahkak suka pada pasangan bercinta dalam movie ni. Dalam masa yang sama jatuh cinta pada WOLF brown tu..ala watak JAcob tu. Dia suka pada Bella tapi Bella tidak suka pada dia. Kalau dia suka pada ahkak..ahkak kompom balas cinta dia..wakakakaka...paling membuatkan ahkak jatuh cinta watak dia jadi wolf tu. Hensem sangat. (woiii..gila kau...hensem la kalau laki kau tau)
Eleh...laki ahkak cakap..."Eii...tengok movie ni pun pandai nangis.."
Sedih tau serigala hensem tu patah tangan...emo la sangat. Okey la..sesiapa yang sudi bagi link download movie ni tolong ya sayang-sayang semua...bagi yang link betul la...
Pssstttt...semua gambar ni ahkak google jer. Thanks pada abang/kakak google..
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...