Breaking News

Puncak St. John, Gunung Kinabalu

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork


Puncak St. John, Gunung Kinabalu
SUMBER : SABAHPARKS


Berada pada ketinggian 4090.7 m dari aras laut. Bentuknya seolah-olah menyerupai raksaksa. Menurut mitos daripada orang-orang lama di Kg. Kiau, Kota Belud, pada zaman dahulu, seorang anak raja dari Negara China telah datang untuk mencari telur naga di kawasan Gunung Kinabalu. Anak raja ini kemudiannya berkenalan dan bercinta dengan seorang gadis di kampung tersebut dan berjanji akan datang semula ke kampung berkenaan.



Gadis tersebut menunggu namun anak raja tidak juga muncul. Akhirnya, gadis tersebut telah mendaki Gunung Kinabalu dan menghadap Laut China Selatan untuk melihat kekasihnya di pelabuhan namun hampa kerana anak raja itu tidak juga muncul. Kerana itulah, Puncak St. John (Gadis tersebut) menghadap ke Laut China Selatan.





Wishing Pool

Suatu ketika dahulu pernah dijadikan sebagai lokasi, selain di Panar Laban untuk upacara “monolob” iaitu upacara untuk memohon restu penjaga gunung agar semua pendaki selamat.


Info: En. Martin Moguring, Pembantu Taman Kanan, Taman Kinabalu


Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...