ZTE V793 Rebate berganding dengan XPERIA dan NOKIA..APA KESS?
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salam Maal Hijrah buat rakan blogger. Semoga di Tahun Baru Kalendar Islam ni akan dimulakan dengan yang baik-naik dan diteruskan dengan yang terbaik seterusnya sehingga ke penghujungnya juga tetap terrrbaik. Amin Ya rabbal al amin.
Lama ahkak tidak apdet entri di belog ni melainkan apdet entri giveaway dan contest saja kan. Tahun baru ni azam pun mahu yang baru. RAJIN. Mudah-mudahan.
Entri di 1 Muharram ni..ahkak sajikan pasal henpon a.k.a handphone. Sebenarnya sudah beberapa lama ahkak tidak belanjankan duit untuk beli telefon bimbit atau handphone untuk diri sendiri. Mahu bilang tidak berduit..ahkak ni kerja. Lagipun tidak bagus cakap tiada duit...nanti kalau betul-betul DIA buat kita tiada duit langsung? Ha..rasa la. Okey la...semalam ahkak pergi claim smartphone Rebate. Ops..umur ahkak bukan di bawah 30 ya...dah lebih. Jiwa aje terasa sangat muda. Konon. Sebenarnya adik ahkak yang punya kelayakan ahkak tumpang. Disebabkan dia tak ambik smartphone ni..maka akak ambik la dari rugi gitu aje tidak dipohon.
Smartphone tu bukanlah yang ribu riban. Ahkak tak mampu hoookayyy...belog ni belum mampu buat ahkak membeli gadjet canggih-manggih. Insyallah jika diizinkan Allah SWT akan ada rezeki dari belog ni jugak. Henpon asal ahkak cuma XPERIA ARC. Tu pun diberi orang(taukeh)..bagusnya berkawan dengan taukeh cina ni. Tanpa keluarkan duit sendiri. Syukur. Kira rezeki juga tu kan. Henpon sebijik lagi..nokia yang tak berapa nak smart. Nokia biasa aje. Pun pemberian sang taukeh. Dan semalam ahkak baru keluarkan duit sendiri bayar RM85 untuk smartphone rebate jenama ZTE V793.
Mungkin tidak sehebat smartphone korang..tapi ahkak bersyukur la juga ada benda ni. Dapat juga online dimana-mana selagi ada LINE walaupun skrinnya kecik comel. Dan paling penting dapat buka IGLOO setiap hari...sampai target boleh dicash out ahkak cuma klik CASHOUT saja. Korang ada smartphone canggih mana pun kalau tak tahu guna untuk kebaikan smartphone tu tiada guna juga. Yang tak tajhu apa binatang IGLOO tu boleh aje baca DI SINI
(alamak...tarikh dikamera salah set..huhuhu..apapun gambar ketiga-tiga benda ni baru disnap hari ini sebelum membuat entri ini-Sila abaikan tarikh yang SILAP-)
Cumanya...ZTE V793 ni cuma boleh guna simkad MAXIS saja...bila ahkak google untuk UNLOCK..kebanyakan jumpa yang ALCATEL dengan DIGI aje..tiadakah yang pernah UNLOCK ZTE V793 dengan MAXIS?
okey la..sekian dulu..
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...