Breaking News

Dorayaki

D.O.R.A.Y.A.K.I

Nah...ni kuih kegemaran Doraemon ni. Hhihihi... ahkak pernah makan yang original dari Jepun. Sukarelawan JOCV yang bawakan dari sana. Mr.Junji Nakanishi. Lembut dan saaaaaaaaaaangat manis. Heran..sebab setahu ahak orang Jepun tak suka makan manis-manis. Tapi Dorayaki ni sangatlah manis tetapi sedap. Patutlah Doraemon suka.

Yang hendak mencuba resepi tu...bolehlah guna resepi di bawah ni yang ahkak copy paste aje...jangan kutuk pulak..sebab akak bagi kredit juga tuan punya resepi dan gambar.



Dorayaki

SUMBER: FB Resepi Bonda



Bahan-bahan
100 gram tepung gandum
60gram gula
2 biji telur
2 sudu teh madu
Setengah sudu kecil soda bikarbonat
Setengah sudu kecil esen vanilla
Setengah sudu teh minyak masak
50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)

Inti : inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)

Cara-caranya:



1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake.

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...