Kursus Fotografi vs KURSUS MAKAN
Nightfall of Mt.Nambuyukong of Serinsim Sub Station, Kinabalu Park (KOTA MARUDU)
SUMBER: Sabah Parks : "Takes Nothing But Photographs, Leaves Nothing But Footprints"
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama ahkak tidak update entri kan. Buat entri berjadual saja. Lepas tu hampir dua minggu juga biarkan belog ni tanpa entri baru. Walaumacamana pun...UV belog ni maintain juga. Alhamdulillah. Terima kasih yang datang berkunjung di sini. Ahkak tiada kuih muih untuk dihidang untuk korang makan...heheheh...tapi adalah kongsikan resepi yang ahkak mau cuba buat sendiri nanti di sini.
Okey la...minggu lalu (23 - 30 November 2013) ahkak terlibat dengan Kursus Fotografi. Wow...mesti dah pandai ambik gambar ... (heheheh...jangan buat spekulasi macam tu dulu...)
Ekceli ahkak terlibat sebagai orang dapur aje. Ahahahah...bagi makan orang yang berkursus. Ha..team kitaorang berkursus makan di dapur. Berat pun naik sekilo dua. Hahahahha...Apapun menarik, sebab ada bertanya-tanya juga pasal kamera dan itu ini tentang dunia fotografi. Hah... yang ini ahkak minat ni.
O ya... gambar di atas tu adalah gambar salah seorang AJK Kursus tersebut. Cantik kan. Terasa berada di tempat tu...ha..cuba tengok betul-betul.
Okey la...sekian dulu ya...Selamat berhari Sabtu bersama keluarga.
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...