Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Sumber : GOOGLE
Assalamualaikum dan salam sejahtera
APA YANG PALING JAUH DARI KITA DI DUNIA INI?
Jawapannya adalah masa lalu kita. Opsss...betulkah? Kalau salah jangan marah ahkak erk. Tapi mustahil setiap kita manusia di dunia ni tiada masa lalu. Ganjil bukan.
Ahkak bila sebut masa lalu..rasa..sangat menyakitkan...sangat merugikan...sangat benci...sangat kesal..dan macam-macam lagi. Sekiranya masa boleh diputar semula, ahkak ingin balik ke masa lalu untuk betulkan semua. tetapi jika keadaan itu boleh berlaku (masa boleh diputar semula) apa yang ahkak ada sekarang mungkin bukan menjadi milik ahkak terutama anak-anak dan suami. Dan itu namanya takdir kita. Sudah tertulis begitu kan.
Walau apapun MASA LALU kita...jadikan ianya sebagai pengajaran. Sekarang yang penting..bagaimana mahu lalui MASA DEPAN kita. Oleh itu...perbaiki apa yang silap di masa lalu untuk MASA SEKARANG supaya cerah MASA DEPAN kita. Insyallah.
Wassalam.
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...