Proses Membuat Karipap Rangup
Ini inti karipap ya..
Karipap yang sedang mandi minyak masak panas
Karipap masak dan belum digoreng
Bahan-bahan
(utk Kulit)
Tepung gandum
Garam secubit
Air
Minyak masak
Caranya: Tepung dicampur dengan secubit garam, dan ahkak suka ada manis-manis sikit untuk kulit karipap ni. Jadi letak gula sedikit. Dan tambah sedikit tepung jagung. Gaul dengan tangan yang bersih ya. Masukkan air sikit-sikit dan minyak. Uli sehinggah menjadi doh. Perap la dua atau tiga jam. Tapi ahkak lagi suka kalau lebih dari 3 jam.
Intinya.
Ubi Manis (Keledek)
Serbuk kari
Bawang putih dan merah untuk ditumis
Caranya: Tumislah seperti masak lauk kari tapi tanpa santan. Ubi tu potong dadu. Masukkan ubi pada bahan yang ditumis tadi. Dan jangan lupa letak semua perasa ya. Jangan tawar nanti inti tu.
lepas tu...boleh la roll tepung, bulatkan dan letak ke acuan khas. Maaf la kalau korang tak faham dengan cara ni. Siapa berminat boleh tanya aje.
Kuih karipap ni memang enak kalau di buat sarapan pagi atau minum petang.
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...