Breaking News

RESEPI BISKUT CILI

RESEPI BISKUT CILI


BISKUT CILI 

SUMBER : FB RESEPI BONDABAHAN-BAHAN – (BADANNYA) 


2 CWN TEPUNG GANDUM

½ CAWAN MARJERIN 
½ CAWAN GULA KASTOR 
½ CAWAN TEPUNG JAGUNG 
1 BIJI KUNING TELUR 
SEDIKIT BAKING POWDER
SEDIKIT ESEN PISANG 
SEDIKIT PEWARNA MERAH 
2 SUDU BESAR AIR 

BAHAN-BAHAN – (INTINYA) 

½ CAWAN GULA AISING 
½ CAWAN PEANUT BUTTER 
BAHAN INTI DIGAUL SEBATI 

BAHAN-BAHAN – (KULITNYA) 


20 GM AGAR-AGAR 

150 GM GULA BATU 
1 ½ CAWAN AIR 
SEDIKIT PENCELUP MERAH 
SEDIKIT ESEN ROSE 


CARA-CARA –(BADANNYA) 
KACAU MARJERIN DAN GULA HINGGA KEMBANG, MASUKKAN KUNING TELUR DAN DIKACAU LAGI. MASUKKAN TEPUNG (TEPUNG GANDUM + TEPUNG JAGUNG + BP – DIAYAK) MASUKKAN ESEN PISANG, PENCELUP MERAH SATU PENUTUP, DIGAUL MENGIKUT LEMBUT DAN BUBUH AIR. BULATKAN SEBESAR SYILING 50SEN DAN MASUKKAN INTI PEANUT BUTTER KEDALAM DAN BENTUKKAN LAH DOH TADI MENYERUPAI CILI. CUCUKKAN DENGAN LIDI UTK MEMBUAT LUBANG DI TAMPUK NYA UNTUK DILETAKKAN TANGKAI SETELAH DIBAKAR NANTI. BAKAR ADUNAN SELAMA 20MIN – 170`C SETELAH MASAK CUCUK KAN KEMBALI LUBANG TADI SUPAYA IANYA TIDAK TERTUTUP(CUCUK KETIKA BISKUT MASIH PANAS) SEJUKKAN KIRA-KIRA 3JAM SEBELUM MEMBUAT KULITNYA PULA 
CARA-CARA MEMBUAT KULITNYA : 
BAHAN-BAHAN TADI HENDAKLAH DIMASAK SEPERTI KITA MEMBUAT AGAR-AGAR - SETELAH AGAR-AGAR2 BENAR2 CAIR, MASUKKAN KE DALAM MUG BESAR - CUCUKKAN BISKUT TADI DENGAN LIDI SATE, DAN DICELUPLAH KEDALAM MUG YG BERISI AGAR2 TADI… - KERINGKAN BISKUT YG SUDAH DICELUP TADI DI DALAM MUG YANG LAIN… JIKA TIDAK BERKILAT, ULANGLAN SEHINGGA 2-3 KALI SETELAH SIAP, AMBIL TANGKAI CILI MUDA DAN DICUCUK LIDI PENCUNGKIL GIGI SERTA DIMASUKKAN KE DALAM LUBANG YG SUDAH DIBUAT SEBELUM BISKUT DIBAKAR

RESEPI BISKUT CILI,cara buat biskut cili,resepi biskut 2016, biskut mudah dan senang


        

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...