Breaking News

Sabahan Challenge


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nampak tajuk entri ahkak tu kan... SABAHAN CHALLENGE. Bagi yang tertanya-tanya apa benda tu..apa yang dimaksudkan dengan SABAHAN CHALLENGE. 

Korang boleh klik DI SINI 

atau baca sendiri di belog SYUKRI

APA ITU PROJEK "SABAHAN CHALLENGE"

TARIKH TUTUP 12 tengahhari 15 Februari 2014 (sabtu)- mungkin akan dilanjutkan lagi.

Jika korang ada kebolehan membuat video yang boleh memberi atau menyampaikan mesej pada seluruh rakyat Malaysia...apa salahnya mencuba nasib kan. Mana tau menang. Lagipun Datuk Masidi Manjun salah seorang yang menaja hadiah untuk pemenang projek SABAHAN CHALLENGE .




Contoh video yang boleh korang buat ...




Okey, ini pulak pendapat ahkak. Sebenarnya bukan benda baru bila Orang Sabah sering dijadikan bahan gurauan. Ya..gurauan mungkin niat mereka-mereka itu tapi sebenarnya ahkak sebagai orang Sabah memang terasa bila dibuat begitu. Bukan hendak menimbulkan isu perkauman di sini, tetapi sebenarnya mahu menyedarkan sesiapa saja yang ada pandangan  LUAR BIASA atau ANEH terhadap SABAH.

Malam tadi saja di ANUGERAH MELETOP ERA... sedar atau tidak INCIK NABIL dan DATUK AC MIZAL menggunakan perkataan BAH itu ditempat yang tidak betul. Kenapa perlu guna BAH jika orang SABAH yang buat persembahan or something? Tidak salah menggunakannya jika guna ditempat yang betul. SEBABnya jika guna dengan cara yang tidak betul..itu seakan-akan mengejek. Ahkak menyampah dengan pengacara dua orang tu malam tadi. Mungkin lawak bagi mereka.

Dan..sebelum-sebelum ini pun, memang ramai la yang menghina SABAH/SARAWAK. Tidak kurang juga yang 'menghalau' SABAH agar keluar dari MALAYSIA. Apapun... semua tu tidak buat ahkak membina tembok perkauman. Biarlah... jika pandangan orang Negeri Sabah TERMISKIN...ahkak bersyukur sebab menjadi anak jati SABAH. Jika hendak tahu miskin atau kaya kah orang Sabah..silalah datang ke Sabah. Ni Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014... jemput la datang ke Sabah. 

okey sekian dulu


Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...