Breaking News

Pertaruhan Felixia Yeap PLAYBOY

Felixia Yeap: Ambil iktibar insiden di konsert liar
Kredit :Yahoo

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Felixia Yeap Professional Model, Malaysia Ex-Playboy Bunny selebihnya boleh tengok dibelog beliau di SINI.

Okey..sebelum ni ahkak memang tidak kenal siapa Felixia Yeap. Kalau tengok gambar dia familiar juga. Tapi yang buat ahkak tertarik dengan kisah Felixia Yeap ni, bila seminggu lalu ahkak terbaca dalam status rakan dalam facebook lebih kurang begini " Saya mau tengok berapa lama si Felixia Yeap tahan pakai tudung..." 

Dalam hati ahkak timbul rasa kurang senang dengan status gitu... sebenarnya itu dari individu sendiri. Perubahan apa yang dia mahu buat ke atas dirinya, kita tidak boleh menyangkal. Jika sebelum ini dia ke arah yang negatif atau penampilan seksi, apa salahnya jika dia mahukan perubahan dengan menutup aurat? Syukur la atas perubahan dia. Bukan buat pertaruhan segala macam.

Masa google nama Felixia Yeap baru ahkak tahu dia ada belog. Entri terkini mengenai kontes YEO'S boleh tengok sendiri di SINI.

Pendapat ahkak sendiri la ya...jika seseorang itu berubah ke arah kebaikan seharusnya kita bersyukur dan menyokongnya. Jika dari baik berubah ke arah negatif, tegurlah semoga dia sedar.

Sekian dulu...

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...