Siapa KITA untuk BUKA AIB orang lain...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jumaat yang mulia ini ahkak tetiba rajin menaip. Sekadar untuk peringatan dan renungan diri dan teman-teman blogger.
Demi Allah...sesungguhnya ahkak tidak gemar dengan manusia yang suka tengok kelemahan orang lain walhal dirinya sendiri masih banyak yang perlu dibaiki. Dan ahkak pernah kena dengan manusia begini. Baru-baru ni juga...alkisahnya begini...
Kawan ahkak minta tolong jual kerepek dia di office dan ahkak tolong. Walaupun tanpa meminta percent hasil dari jualan tersebut namun kawan tetap bagi jugak. Beberapa kali kerepeknya laris dan berulang-ulang juga dia menghantar bekalan kerepek, maka seorang hamba Allah ni konon memberilah pulak kerepek hasil tangan kumpulan dia. Ya..ahkak terima sekadar membantu. Lagipun bukan minta bayaran apa pun..kalau ada rakan sekerja membeli syukurlah habis kerepek dorang tu. Ahkak pun dapat juga menjual sambil membeli untuk makan sendiri. Dah malas membuat...makanya membelilah.
Kawan ahkak yang memula ni memang la tidak berkira... habis kerepek dia, duit masih dalam tangan ahkak. Kengkadang mau dekat seratus..kalau duit sendiri memang dah abis beli itu ini.Hihi ni duit kawan la...WAJIB la jujur. Bukan tidak mahu bagi duit tu, tapi masalahnya mengirim dengan orang tengah sangat payah. Kalau lesap ditengah jalan..pasti kita yang kena. Tapi alhamdulillah setakat ini semuanya berjaya ahkak serahkan tanpa kurang. Masalahnya..si Hamba Allah seorang ni. Kerepek belum habis dia sudah jaja sana sini yang ahkak tak bayar lagi duit kerepek dia. Jahatnya mulut. Ahkak tau ni pun dari kawan ahkak tu...sebab si Hamaba Allah tu tanya "u punya duit kerepek sudah kena bayar ker?" Kawan jawab " belum..tapi biasanya dia bayar juga bah. Lagipun duit kerepek saya ditempat si Lela pun belum dia bagi duit. Sabar aje la" Si Hamba Allah berkata " selagi dia belum bayar duit kerepek saya, saya tidak mahu hantar kerepek baru sama dia. Kau masih hantarkah?" "Hantar...sebab dia memang bayar bah..."Jawab kawan ahkak.
Okey... sebenarnya si Hamba Allah tu hantar 31 bungkus. Semua berharga 80 sen seplastik. Tapi setakat yang habis terjual ada 20 bungkus ahkak dah bayar sebanyak RM16. (RM0.80 x 20) So ada baki 11 bungkus yang tidak habis terjual lagi. Berharga RM8.80. Sekarang memang lah dah habis kerepek tu duit masih ahkak simpan. Gara-gara RM8.80 ni ahkak punya nama dijaja sana sini...makan duit orang la..bla..bla..bla...Kesal dengan Hamba Allah ni. Dia lupa mungkin hutangnya pada ahkak yang hampir seratus ringgit belum langsai ahkak diamkan. Duit kerepek dia RM8.80 yang masih belum ahkak bagi dia sudah sebar satu kampung. Ahkak akur dia dah tua..tapi usia tua mana pun kalau perangai suka jaja kisah orang memang tak senonoh la bagi ahkak.
Pengajarannya... orang yang suka buka aib orang lain walau sedikit mana pun tetap TIDAK ELOK..jadi kita janganlah suka suki jaja aib orang..sedangkan aib kita sebenarnya LAGI BESAR.Tinggal lagi tidak dibuka.

Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...