Breaking News

Boy or Girl?

kredit :Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah lima tahun baru ahkak mengandung balik. Dalam perancangan cukuplah dua orang anak, tapi bila melihat orang lain mengandung dan ada baby kecil sebenarnya hati tersiat-siat cemburu. Hihi..betulkah tidak penggunaan perkataan tu ahkak pedulik apa. Tapi betul la...nampak orang lain dalam dunia mengandung..ahkak jeles aje dalam masa yang sama cukuplah sepasang anak berbisik dalam hati. Sebenarnya ada juga rasa ingin menimang baby baru... dan kini tertunai hasrat dihati. 

Bila pregnant ni, satu aje yang ahkak tidak suka adalah banyak kerja yang terbiar. Benda paling ahkak suka, makan la tanpa takut berat badan naik hihi walaupun kena jaga pemakanan untuk memastikan kandungan sihat dan diri sendiri pun sihat.

Pertanyaan masa ni..."Jadi..u harap baby girl or boy?" Jawapan ahkak "Oleh sebab anak pertama dan kedua aku perempuan dan lelaki..yang ketiga ni aku tidak harap apa-apa cuma berharap TWIN. Bolehkah?" nah itu jawapa ahkak. Sesiapa yang bertanya memang tu jawapan ahkak. Mana la tau kan. 5 hb Mei 2014 ni kena jumpa doktor perlu scan. Kenapa kandungan lebih besar dari tempoh kehamilan? ha...tu pun ahkak tertunggu-tunggu. Kawan-kawan ada yang kata..."baby kau besar tu"

Apapun sabar aje la menanti 5hb tiba. Dan yang penting kesihatan sentiasa bersama ahkak sepanjang peknen ni. Alhamdulillah rezeki pun masuk aje...

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...