Masih Tidak Sihat
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salam Jumaat buat semua yang tersadai dan singgah di belog ahkak. Kalau sebelum ni ahkak ada bagitau di sini kisah AHKAK GOJES. Hari ini ahkak khabarkan yang ahkak kembali tidak sihat. Kali ini 'sakitnya' lain pulak ragam.
Semenjak minggu lalu lagi ahkak tidak lalu makan. Bukan seperti memula yang kuasa makan sangat BESARRR sehingga terasa perut ketat sangat. Sekarang nampak makanan rasa tiada perasaan biarpun lapar tahap gaban. Tiapkali menelan makanan..buekkk..buekkk... Lepas tu ahkak cuma boleh tidur supaya tidak rasa lapar. Sebabnya kalau tak tidur pun rasa lapar bukannya berselera hendak makan apa-apa. Dan bila sudah tidak tahan lagi, ahkak cuma mampu menangis saja sebabnya lapar tapi tak mo makan. Tsk..tsk..tsk...
Bila keluar rumah ke Pekan...jumpa dengan kawan-kawan sebenarnya ahkak cuba elak sebab sekarang ahkak jumpa orang mesti ..buek..buek..macam kau menyampah pulak jumpa orang tu kan. Ahkak takut ada yang sakit ati bila nampak ahkak buek..buek..depan dia. Hahahah..bukan sengaja tau...
Bebaru terserempak dengan taukeh cina... "u kenapa wo..muka manyak buluk. Sakit ka moi?" Ahkak jawab " memang sakit ni taukeh..buluk pun buluk la. U jangan kasi ketawa sama saya oo.." "Mesti u pregnant kan moi...belapa bulan sudah ooo, balangkali twin ooo...muka u manyak teluk oooo" Ahkak senyum meleret saja kena cakap twin. Mana ada twin...kalau twin ahkak suka dan syukur sangat. "Saya harap u punya mulut masin la taukeh..."
Alkisahnya..bukankah penyakit mual-mual...morning sickness dan yang sewaktu dengannya hanya pada trimester pertama saja? Ahkak punya berharap satu hingga 3 bulan di awal kandungan ni berlalu cepat. Sebab ahkak tidak tahan dengan semua ni...mengandung anak pertama dan kedua dulu ahkak tiada rasa macam ni...
Sekian dan wassalam

Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...