Breaking News

AWAS!!!Jangan biarkan anak anda menonton KARTUN ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kartun...siapa pun suka tengok kartun kan. Apalagi anak kecil. Siapa yang ada anak kecil tu tau la bagaimana sukanya si anak kepada kartun. Tapi kartun sekarang dah tak macam dulu lagi...kartun dulu sopan aje (yang ahkak ingat la) sekarang? toksah cakap la...banyak siri kartun yang kurang elok dijadikan tontonan pada anak-anak kita. Kalau tidak ditapis maka...suka saja la si anak menonton.
Contoh siri kartun yang ahkak rasa merosakkan akhlak kanak-kanak seperti Hagemaru dan Crayon Sin Chan. Dua siri kartun ni kalau disiarkan selalu...ahkak larang anak-anak dari menonton. Anak-anak tanya kenapa..."sebab perangai sin chan dan hagemaru tu buruk dan teruk" Setakat ni dua siri kartun ni memang ahkak blacklist kan. Pernah TERRRlayan dengan anak-anak sebab anak lelaki ahkak berkeras nak tengok juga. "Saya tahu juga ba mama...si hagemaru teruk..mama bapa dia pun sama. Tapi mau tengok kali ni saja..." tu ayat anak lelaki ahkak. Okey fine..... sekali saja. sepanjang siaran kartun tu...memang menyakitkan hati saja tengok perangai si Hagemaru.
Kalau anak-anak yang menonton kartun ni bersama ibu bapa, bolehlah bagitau anak yang sikap Si hagemaru tu kurang elok.Tapi bagaimana yang membiarkan anak dorang menonton sendirian?Hohohoho.... pasti si anak akan meniru apa yang dilakukan oleh si hagemaru tu.
Apapun..semua tu atas pilihan kita sendiri mahu jadikan bahan tontonan anak-anak atau tidak. Betul tak? Ahkak buat entri ni bukan menghasut sesiapa untuk tidak menonton si hagemaru.
okey la...sekian dulu....

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...