BACA DAN KOMEN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Merujuk kepada tajuk entri di atas(amboi bunyi macam surat rasmi la pula). Korang mesti rajin blogwalking atau membalas kunjungan blogger yang singgah di blog korang kan. Soalannya sini ...adakah korang singgah dan baca sampai habis satu entri yang baru di updated sampai habis atau korang baca tajuk, isi pertama atau sekali imbas isi lain kemudian komen berdasarkan kesimpulan korang sendiri? Atau baca dari awal hingga habis baru komen.
Jujur...KG kalau singgah blog rakan-rakan, KG baca dari awal hingga habis. Baru komen. Tapi kalau entri cuma sebijik gambar aje, memanglah tak payah baca kan. Bukannya apa, bebaru ni ada seorang blogger singgah blog KG. Komen dia dengan entri KG jauh berbeza...lari tajuk la kalau dalam Bahasa Malaysia. Buat karangan memang failed la, sebab tak fahami kehendak soalan. KG jadi binggung baca komen dia kemudian baca balik entri KG.."eh aku yang silap nampak komen dia ni ker, dia tak baca betul-betul entri aku ni?"
Nah...makanya...kalau masuk blog orang tu baca dulu entri baru komen. Jangan kau syok sendiri komen ikut imaginasi berdasarkan tajuk entri.
Okeylah...tu jer..sekian.
tepat sekali KG. selalu baca dulu apa yg ditulis , kemudian baru komen. Kalau tak ,memang kita tk tau apa maksud sebenar entry tu.
BalasPadamKena baca kasi habis dulu, baru ada idea nak komen... huhu
BalasPadam#efg
setuju dengan KG..kadang2 khaty pun komen yang larik tajuk..hehehe
BalasPadambiasa la tu, nak cepat ..hehe
BalasPadambaca..baca KG kakakmu dah baca dan sekarang komen huhu :)
BalasPadamkalau tak sempat nak baca sampai habis, ain tak berani nak komen... :)
BalasPadamSalam singgah!
BalasPadamSaya memang jenis yang baca sampai habis barulah komen. Sebabnya saya tak biasa komen pendek-pendek ni. Dah kalau menulis entri pun versi novel, kalau setakat tulis komen tu paling tidak pun macam esei budak UPSRlah.
Tak berapa faham sebenarnya kenapa nak mengomen kalau tak baca. Kalau rasa takda masa, lebih baik jangan baca terus. Kalau takda apa nak komen, jadi silent reader ajelah. Setakat nak mengharapkan bila kita komen, orang akan jejak kita balik, itu macam tak berapa nak betul je. Pada sayalah :)
tgk posting tu pasai apa juga KG... kdg kdg saya tgk gambar je, kdg2, baca sampai habis.. ada yg penulisan bagus sampai tak puas baca hahahaha...
BalasPadamkalau anis tgk kepada jenis entry.. kadang2 anis cume balas salam singgah..hihi..bg nampak yg kite membaca walaupun xde kena mengena..hihi tapi selalunya baca habis.. :D
BalasPadamha, saya tahu siapa orangnya tu kak... ada dua blogger yang perangai macam tu. ish3, teruk betul perangai... punya penat kita tulis, macam tu je dia balas! baik x payah datang
BalasPadamMakanya KG... kalau dalam situasi begitu ya, KG gelak saja.... Sekurangnya dia sudi tinggalkan comment.. hehe....
BalasPadam