Breaking News

Asal Nama Kak Gojes

Asal usul nama Kak Gojes 


Kredit :SABAHAN TROLL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri kali ini KG mahu kongsikan asal usul nama Kak Gojes a.k.a puan belog di sini. Okey, sebelum ini KG guna nama Eryati untuk beberapa tahun. Ada jugalah digantikan dengan beberapa nama(tidak ingat sudah) namun tiada keserasian dengan nama-nama tersebut. Sehinggalah KG hilang mood untuk layan blog ni sampai bersawang. Masa tu KG rajin layan muka buku atau facebook...terlayanlah satu page orang Sabah yang di panggil page SABAHAN TROLL

Di Sabahan Troll la KG, jumpa nama Gojes iaitu satu watak gadis. Sebenarnya perkataan GOJES ni asalnya dari perkataan Inggeris GORGEOUS tapi ikut sebutan baku GOJES la bunyi dia. Maksud gojes ni sebenarnya CANTIK (KG merujuk kepada maksud di SINI) Walaumacamana pun, KG tidak la segojes mana, lagipun watak Gojes dalam Sabahan Troll tu bukanlah cantik jugakan. Jadi tiada istilah perasan cantik di sini ya dengan penggunaan nama ni.

KAK GOJES wujud disebabkan nama Puan Gojes sudah digunakan. Sebelum ini memang KG berniat guna nama Puan Gojes namun sudah ada yang gunakan jadi KG ambik Kak Gojes la. Sekarang, KG rasa KG sangat serasi dengan nama ni. Siap dengan domain lagi KG daftarkan.

Menggunakan nama pena dalam dunia blogging rasanya tiada salah kan. Ramai blogger yang gunakan nama pena (amboi macam penulis novel la pulak ada nama pena). Tapi kan, seorang blogger otai pernah berbalas mesej di facebook beberapa tahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan KG kata-katanya, penggunaan nama pena dalam dunia blogging juga memainkan peranan penting untuk diingati oleh orang(blogger lain). Biarpun tidak semua menggunakan nama pena, tapi sebagai contoh cikepal dan beberapa orang blogger lain juga guna nama pena. Mereka hanya dikenali dengan nama pena tetapi tidak nama sebenar. TAPI...KG bukan mahu jadi terkenal ya. Saja mau enjoy berblogging dengan mencari teman maya dikalangan blogger.

Okey la..rasanya panjang lebar sudah KG menaip. Cukup sampai di sini saja dulu ya...(ini entri berjadual ya)

6 ulasan:

  1. Along baru tau itu rupanya asal usul perkataan Kak Gojes.... Ahha..

    BalasPadam
  2. OK gojes sangat, senang ingat..

    BalasPadam
  3. oooh macam tu rupanya. so skrg dah terjawab asal nama KG. tapi KG memng gojes! >__<

    BalasPadam
  4. yumida pun guna nama pena je
    nama gojes tu mmg menarik

    BalasPadam
  5. Saya pun camtu jugak, nama pena Starlavenderluna, hihi

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/08/di-sebalik-nama-starlavenderluna.html

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...