Lelaki dan Dara Wanita
Lelaki dan Dara Wanita
Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis seperti bawang yang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti oleh mata kasar terutama oleh lelaki yang melihatnya buat pertama kali. Dara dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa di setiap zaman, hatta zaman moden dan zaman kemudian dari ini.
Sebagai lambang kesucian wanita, Dara juga dijaga dengan baik sebelum perkahwinan dan hanya diserahkan kepada suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan tusukan zakar semasa jimak malam pertama. Namun begitu tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara. Info selebihnya sila baca di HOMEFAMILYSITE.
Erm..KG tiada idea sebenarnya mahu taip pasal entri ni. Cuma tetiba muncul keinginan mahu menaip pasal Lelaki dan Dara.
Sekarang ni makin banyak kita dengar kes buang bayi kan. Tak sanggup rasanya bercerita tentang kes pembuangan bayi sekarang. Makin kejam rasanya. Tak kisahlah bayi yang dibuang tu masih bernyawa atau tidak. Tapi itu sebenarnya membawa maksud bertapa kurangnya iman seseorang sehingga menyebabkan dirinya mengandung dan membuang anak yang dikandungnya secara luar nikah.
Salah perempuan? Jangan sesekali salahkan sebelah pihak saja..Lelaki yang bersalah pun tidak juga elok tuduh begitu. Pada pendapat KG, memang lebih kesalahan pada lelaki la. Ehehehe (jangan marah ya wahai lelaki). Yelah, lelaki kalau berteman takkan si lelaki tu ingat nak rosakkan si awek dia tu aje. Sayang?tanda sayangkah jika meminta hubungan seks sebelum nikah?Ha..bukan sayang tu...nafsu tu.
Yang perempuan..korang berteman dengan lelaki sebab apa?mahu disayangi?Dibelai? atau apa? Kalau ya pun sayang...takkan dengan bodohnya kamu serahkan mahkota kamu untuk si lelaki yang belum tentu jadi pasangan hidup kamu? Ha...pasti semuanya berfikiran PENDEK saja kan. Buktikan cinta dengan menyerahkan mahkota..akhirnya si lelaki yang beruntung ! Alasan lelaki biasanya "Ikan sudah depan mata kucing mana yang tidak mahu makan kan..." ha..kau anggap la awek kau tu ikan. Padahal pujuk rayu kau tu kau tidak sedar...
Lagi satu, kalau la si lelaki tu jenis si hidung belang ka...playboy ka... Depan awek seorang ayat dia" kaulah satu-satunya.."..Walhal, dibelakang berapa orang awek yang dia pasang. Depan awek lain pun ayat " kau la satu-satunya...." . Pendek kata dia (lelaki ) cuma nak sesuatu dari si gadis aje. Dan bertapa ruginya bila si gadis itu percaya dengan kata-kata lelaki itu lalu menyerahkan jiwa dan raga? KG emo sikit bila sebut benda-benda macam ni sebab KG ada kenal beberapa ekor 'lelaki' perangai macam tu... Bila dah termengandung tahu pulak suruh gugurkan. (ini bukan kisah KG...tapi orang tu KG kenal dan dia buat begitu pada perempuan...yang perempuan pun ikutttttt saja)
Okey la...rasanya sudah panjang membebel. Sekian dulu untuk hari sabtu ni...K bai.
wahh .. mana ada semua lelaki mcm tu KG.. hoho, neh mesti kes tengok cita pilot cafe neh
BalasPadamhahah..memang la tak suma tetamu 89... KG belum tengok citer pilot cafe masa menaip entri ni la...
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamkes buang bayi tuu patut. masa kini boleh beri kat mak angkat.
BalasPadamkan...ramai aje pasangan halal yg xdpt anak lagi...ni macam2 kes..ada yang kerat la...eh..tak kesian ker dorang pada anak tu?
Padam