LELAKI
LELAKI ,WANITA DAN WANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Salam Jumaat semua... hari ini lapang sikit untuk KG berjalan-jalan ke blog rakan-rakan EFG dan rakan-rakan blogger. Semasa berada di blog FENDI ROCKA KG tersenyum sendiri baca entri FR ni. Ada yang bahasanya sastera sangat.(Puitis kut). KG dulu pelajar aliran sastera tapi lupa la ciri-ciri puitis tu. Apapun...penilaian KG dengan entri FR...nyaman, sejuk, sedap, menyentap,membuai, lucu, dan banyak lagi. Birahi?...hikhikhik...tak ada la.
Okey...disebabkan entri PEREMPUAN dari NOTA PURBA...KG dapat idea menaip enti ini.
Benar..jika perempuan mengatakan dia tak ada duit, sebenarnya perempuan masih ada beberapa ratus dalam tangan dia. Masih boleh membeli pakaian yang disukai, topap henpon beberapa kali, makan di restoran dan pendek kata masih ada duit sebenarnya.
Tapi jika lelaki yang mengatakan tiada duit. maknanya memang tiada atau betullah kata FR tinggal 20sen dalam poket. KG menyokong entri FR sebab KG ada rakan lelaki macam tu. Si rakan lelaki KG ni boleh pulak kesian pada rakan perempuan dia yang memberitahu dia bahawa dia(rakan perempuannya itu) tiada duit. Dan rakan lelaki KG ni pun cakap dia tiada duit. Jumpa KG kemudian bagitau KG yang dia kesiankan si cewek sebab dia pun tiada duit.
KG cuma cakap " Yang kau kesiankan orang lain tu tiada duit buat apa? kau sendiri tiada duit, ada hati kesian dengan orang lain. Mustahil dia tiada duit sekarang dengan gaya hidup dia serba mewah. Mekap tebal seinci, hari-hari post gambar makan direstoran mewah dekat FB. Itu ko kata tiada duit? Kesianlah diri kau tu sebab kau kesiankan dia..."
Pengajarannya di sini... Wahai lelaki, korang kena la faham situasi sebenar. Perempuan bila tidak ada duit bukan macam keadaan lelaki yang tiada duit langsung. Mungkin tidak semua.... tapi kebanyakan begitu kan...
K bai.
Sebab tu perempuan suka simpan duit selit2..kan KG?
BalasPadamhahah...kan kak SA
Padamkc tak termasuk dalam golongan perempuan yg dimaksudkan abg fr tu hehehe
BalasPadamjadi? cik Pisah ni mesti boros ni kan....
Padamitu yang terjadi pada diri ini. =="
BalasPadam