Review Aku Penghibur | Winner Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015
Review Aku Penghibur | Winner Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015
sorry acik...KG ambik dari AKUPENGHIBUR
Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan? Macam lagu Jamal Abdillah pulak kan. Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?
Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile'. Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.
Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!
Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke AKUPENGHIBUR. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.
Dalam blog AKUPENGHIBUR, entri yang KG suka baca sebenarnya ada banyak. Sebelum kenal acik dalam famili EFG lagi KG mengikuti blog AKUPENGHIBUR. Jadi di sini KG ajak korang baca salahsatu entri yang KG suka... Jangan Biarkan Perasaan Cemburu Selubungi Diri Kita. Apa sebabnya KG suka entri tu, korang kena baca sendiri la. MAna-mana entri Acik pun best, banyak kata-kata nasihat yang boleh menyedarkan kita.
Apalagi...jom serbu acik di AKUPENGHIBUR
Semua entry Acik best-best belaka :)
BalasPadamterima kasih..may Allah bless you
BalasPadam