laki orang bukanlah sesuatu yang SEDAP untuk dijadikan santapan!!!
SUAMI UNTUK SANTAPAN ORANG
Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu...
Hari ini KG tetiba terpanggil untuk menaip entri. Malas masih ada...cuma disebabkan mata ini sudah beberapa kali terhidang dengan 'sesuatu' maka mahu menaip la juga. Ok berkenaan dengan tajuk tu..memang berkaitan dengan maksud KG ni.
Dari drama ke novel...KG sudah lali sebenarnya baca perkara macam ni...suami orang simpan kekasih..isteri orang simpan kekasih..Padahal ada suami/isteri sendiri. Apa tujuan simpan kekasih lain? Tiada kepuasan? atau bosan dengan suami/isteri?Itu alasan semata-mata..kalau tidak kenapa kamu jadi pasangan suami isteri? Takkan kahwin paksa kut...Tapi yang ni di dunia realiti pun ada juga kejadian begitu.(yelah..kalau tiada kejadian realiti mana la mau di kasi drama atau novel kan..)
Apa sebenarnya yang mahu dicari lagi dengan menyimpan kekasih? huhuhu...anda memang suami/isteri pelik sebab masih mahu mencari kekasih simpanan. Dan terfikir juga dalam otak ni...adakah si lelaki atau perempuan yang menjadi kekasih mereka ni tidak tahu langsung status mereka ni bujang atau sudah berkahwin? kalau tahu...maknanya si lelaki atau perempuan yang mahu jadi kekasih mereka ni memang kegatalan la...kalau tidak tahu memang kasihan pada mereka...sebab aku akan tuduh si suami/isteri orang tu sengaja sembunyikan status dia. perasan bujang la tu...
Kejadian di akhir hubungan gelap ni nanti akan berakhir macam ni...Bila sudah kedapatan status suami/isteri orang...ayat dia macam ni " eh U tak tanya I bujang ke dah kahwin masa kita kenal dulu...so bukan salah I..Bukan I permainkan u..." <--- ayat="" b="" jari="" kekasih="" kepada="" la="" mengetahui="" menuding="" mereka="" ni="" si="" simpanan="" status="" sudah="" tu.="" yang="">Padahal dia tak tanya sebab takkan terhegeh-hegeh mahu tau (kalau perempuan) lain la kalau tidak tahu malu...main redah aje soalan...Kan...--->
Ok la sekian...panjang lebar pulak entri hari ini...Harap-harap sesiapa yang bergelar laki orang sedar-sedar diri la...
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...