Breaking News

Pantang Larang Orang Tua Semasa Mengandung

PANTANG LARANG ORANG TUA SEMASA MENGANDUNG



Assalamualaikum dan salam sejahtera,



PANTANG LARANG ORANG TUA SEMASA MENGANDUNG || Siapa yang pernah dengar petua atau pantang larang dari nenek atau mak semasa mengandung? Hahahah..kita geng. Mama ahkak memang suka bagi petua atau sikit-sikit keluarlah pantang larang dari nenek moyang ahkak. Telinga ni balik-balik dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri tapi tetap kau hafap apa yang mak kau sebut ulang-ulang tu. Dari mula kakak KG mengandung sehinggalah bersalin, memang sudah hadam segala pantang larang mama ahkak. Tiba giliran ahkak, sepertinya diulangtayang lagi senarai pantang larang mama tu. Anak pertama, anak kedua dan anak ketiga. HAFAL. 


Jadi bila ada kawan-kawan yang mengandung, kita nampak dia buat apa yang mama kita larang dulu, kita tegur kawan tu. Sebabnya, KG dulu masa kena tegur mama memang angguk ya tapi dibelakang KG buat yang dilarang tu. Contohnya? Menjahit. Betul ni, anak kedua dan ketiga KG akui memang buat benda ni. Alasannya " ala...sikiiit aje yang aku mau jahit ni bukannya siap sehelai baju aku jahit. Nda apa juga bah itu " Tu KG punya monolog dalaman la konon masa tu. Suami tak nampak, mama pun tak nampak tapi Allah SWT nampak. Hehehe. Sembunyi macamana sekali pun, terbongkar juga. Masa nak bersalin tu takde bukaan, adapun 2cm lebih aje. Last-last kena bedah juga. Ha..masa tu ahkak ingat sendiri perbuatan akak. MENJAHIT. 

Ada juga yang cakap, pantang larang ni jangan percaya sangat nanti memesongkan akidah kau. Betullah juga, jangan ikut 100% tapi fikirlah logiknya(Itu kalau KG la). Tapi kalau kau dah kena tegur tapi masih degil, haa....aku peduli apa, bukan aku yang nak bersalin? susah payah sakit beranak tu kau sendiri yang rasa dan bukan KG. Maka, itu sebenarnya terpulang pada diri memasing kan. KG taip entri ni pun sebab baru saja menegur seorang rakan yang sarat mengandung dari menjahit tapi dia buat bodohhhh aje. 

Google punya google, KG jumpa senarai pantang larang orang tua semasa mengandung. Bila baca senarai ni, ada juga yang tidak kena logiknya. Ada yang disarankan 'buat' pada masa kini. Walau apapun, setiap apa yang kita hendak lakukan , makan semasa mengandung fikirlah apa kesannya pada diri kita dan kandungan kita. Biarpun korang jenis yang tidak percaya pantang larang orang tua, tapi fikir-fikir juga la yer.


a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan makan buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan makan pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan makan betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

sumber : Facebook

pantang larang orang tua semasa mengandung, pantang larang, pantang semasa mengandung, pantang orang tua semasa mengandung, keburukan menjahit semasa mengandung, larangan menjahit semasa mengandung


2 ulasan:

  1. Alamak, jangan mandi malam yer..
    Nasib baek baca entry KG ni. Kaklong memang suka mandi malam, terutama sebelum tido. Kalau ada rezeki megandung nanti kene la mandi awal2..

    BalasPadam
  2. Ape2 yg sy lakukan pasti niatkn dulu pda Allah sambil gosok perut. Bykg pantang larang org tua. Jgn mkn sotong , ikan pari n ikan keli.tp semua sy mkn je. Yg pnting niat yg baik2.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...