Breaking News

MENGAPA PERLU TURUNKAN BERAT BADAN

MENGAPA PERLU TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

MENGAPA PERLU TURUNKAN BERAT BADAN || Atau soalan lain mengapa perlu kurus? (untuk mereka yang berbadan 'comel' macam ahkak ya). Tirai  tahun 2017 sudah hendak dilabuhkan, dan tirai 2018 hampir dibuka sudah, ada 7 hari lagi melangkah 2018. KG ni tiap tahun wajib ada azam untuk turunkan berat badan atau kuruskan badan.. konon la. Tapi menjelang hujung tahun, berat badan tidak turun-turun malah bertambah la pulak. Imbas kembali azam tersebut... KG boleh senyum sebelah saja. Ahahah. Sebabnya....azam dibawa ke tahun hadapan(setiap tahun). Kalau duit dibank yang dibawa ke hadapan, ada bunga sudah. Ini azam di bawa ke tahun hadapan, bersama berat yang bertambah. Miahahaha. Apapun, ahkak masih teruskan juga. Bersama azam yang lain-lain.

Baru-baru ni, ahkak ada sertai ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara). Kononnya kira  TERmotivasilah sedikit dengan isi ceramah tersebut dan pengalaman seorang jururawat yang telah berjaya menurunkan berat badannya tanpa menggunakan sebarang produk pelangsingan. Sebenarnya awal tahun 2017 lagi program pengurusan berat badan ini berlangsung. Tapi... hasilnya memang menyedihkan, almaklumlah ahkak ni KURANG MOTIVASI.Hahahah. Kali ini cuba kuatkan diri untuk disiplinkan diri. Pedulikan kata orang. Mengapa aku perlu turunkan berat badan?

Kenapa perlu turunkan berat badan?


1. Untuk tambahkan keyakinan diri

Dengan keadaan badan sekarang yang 'comel' bukan tiada keyakinan tetapi kurang. Keyakinan diri itu TERsangatlah kurang. Lebih-lebih lagi bila kau bekerja dan perlu penampilan kemas dan cantik(bagi wanita la).Ahkak ni bukan juga seorang PA..tapi mahu juga kan tampil dengan penuh keyakinan. Terutama bila menghadiri kursus atau apa-apa function. Kau datang dengan pakaian yang kau rembat sebabnya hanya itu yang muat dengan kau.Sampai ke majlis atau mana-mana kursus, orang lain semua tampil dengan yakin tapi kau berdiri disebalik langsir atau pokok bunga..miahahaha. Orang lalulalang tak perasan sebab dorang ingat ko langsir atau pokok bunga.

2.Demi kesihatan

Kurus bukan bermaksud sihat. Namun berat badan yang berlebihan tersangatlah ada potensi penyakit datang menerjah. Sakit jantung, strok, tulang, kencing manis dan banyak lagi. Bila kau makan seperti ada saka dalam badan, haaa

3. Mencabar Diri Sendiri

Bukannya mencabar apa pun. Cuma mencabar samada ahkak mampu disiplinkan diri dengan cara pemakanan sihat. Sebabnya kalau kau tak ada disiplin, memang susahlah nak turunkan berat. Tu yang asyik..besok aje la aku mula diet..lepas besok, besok lagi. Selain dispilin, kena ada motivasi diri yang kuat juga. Orang lain boleh jer buat, kenapa tidak aku kan.

4. Badan Aku..sukahati aku la

Hahahah...ini jawapan untuk orang-orang yang suka kasi 'down' semangat ahkak untuk turunkan berat badan. Nampak orang jogging sekejap, mulalah kata "begitu-gitu juga bah badan kau tu, ndak payahlah jogging." Orang makan sikit, "Jangan la kau diet-diet, nanti kau sakit..gastrik keluar" Dan, ada banyak lagi yang ditegur. Jadi, lepas ni siapa-siapa yang ada cubaan kasi down semangat ahkak, ahkak jawab " sukahati aku la bah..badan aku juga. Bukan aku kasi kurang beras kamu dirumah pun kalau aku mau diet baaaa"

5. Supaya Dapat Pakai Seluar dan Baju Lama(semasa badan belum comel)

Dulu masa zaman bujang-bujang, saiz M. Ni Sudah jadi mama-mama ni macam tiga kali ganda tu saiz M. Ahahah. Sebenarnya, ahkak pernah membeli seluar saiz L. Dengan niat supaya termotivasilah diri untuk turunkan berat agar dapatlah sarungkan seluar tersebut. Huhu...mau satu tahun berlalu, tersusun cantik seluar-seluar jeans yang cantik tu. Macam KG rasa kena ejek oleh seluar tu lagi. "Neh...gemuklah ko sana, tudu bangatlah ko pakai kami semua yang cantik ni" (tu suara seluar-seluar cantik tersebut)

6. Anak-anak Mahu Tengok Mama KURUS konon

Haaaa... yang ini memang kisah betul. Anak-anak ahkak sendiri cakap "mama kasi kurus la bah badan, supaya papa tidak tengok sumandak lain" arghhhh. Bertentang mata terus ahkak dengan asben. "Kalau mama kurus, mesti mama laaaagi cantik." Bla..bla..bla...bla... Anak-anak ahkak ni makin besar makin 'pedas' ayat-ayat dorang. Tidak apa, kira menyahut cabaran juga la ni.

7. Belum terfikir lagi...(nanti kalau sudah ada baru ahkak update aaaa) hehehe

MENGAPA PERLU TURUNKAN BERAT BADAN, jom kurus, diet sihat, kospen, apa itu kospen, program pengurusan berat badan anjuran kospen, cara menurunkan berat badan, kurus secara sihat, pelangsingan, cara menguruskan badan,bagaimana menguruskan badan,jamu pelangsing,ubat diet,
kredit : google




7 ulasan:

  1. Memang betul semua Tu. Mama pun tgh nak plan turunkan sikit berat dah Naik ni byyk kenduri haha

    BalasPadam
  2. nak turunkan berat badan ni byk pula cabarannya kan KG.

    BalasPadam
  3. Paling penting tu kesihatan la kan.. Bukan la kalau kurus tiada penyakit, ada juga.. cuma mungkin kurang la kan hahai..

    Tapi lucu juga anak2 KG cakap macam tu kan.. anak2 pun mau bapa tengok mama dorang seja :D :D

    BalasPadam
  4. betullah kene turunkan berat badan untuk kesihatan diri tuh ek

    BalasPadam
  5. sekarang ni sedang mengurangkan manisan dan garam di dalam makanan dan minuman..memang perlu turunkan berat badan sebab bila badan dah terlalu naik,takut penyakit lain..Sedangkan orang kurus pun kekadang dapat penyakit kan...

    BalasPadam
  6. Lepas bersalin ni memang kena turunkan berat badan berkilo-kilo sebab naiknya pun sampai 18kg dah...huhu

    BalasPadam
  7. Turunkan berat badan untuk lebih yakin dan elakkan penyakit2 berkaitan berat badan yang berlebihan.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...