MASALAH FAIL DISIMPAN DALAM PEN DRIVE MENJADI SHORTCUT DAN FAIL YANG DISEMBUNYIKAN OLEH VIRUS
MASALAH FAIL DISIMPAN DALAM PEN DRIVE MENJADI SHORTCUT DAN FAIL YANG DISEMBUNYIKAN OLEH VIRUS
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernah tak korang alami situasi, malam tadi dengan sukacitanya menaip tugasan di laptop dan bila siap maka disave atau disimpan dalam pen drive. Dengan harapan esok pagi masa ke pejabat bolehlah guna line internet percuma dekat pejabat untuk hantar tugasan. Keesokannya, datang pejabat bawa sebiji pen drive. Tapi bila kau cucuk dekat komputer pejabat, buka dan cari fail tugasan malam tadi telah menjadi fail shortcut dan langsung tak boleh buka. Kau rasa panik ker tidak? Dahlah due date untuk submit tugasan tu hari ini juga. Jika korang pernah alami situasi begini, kita geng. Ahahaha.
Dalam situasi begini, memang dalam kepala otak KG mahu formatkan saja pen drive ahkak. Tapi nasib baiklah, otak berfikiran waras juga untuk hubung rakan yang memang mahir dalam benda-benda begini. Dia cadangkan untuk buat melalui command prompt.(yang ni ahkak tak tahu nak jelaskan, tapi tau bendanya adalah skrin itam). Kawan ahkak kata pen drive ahkak kena jangkitan virus.Tapi jangan risau sebab masih boleh diselamatkan fail-fail didalam. Apa yang pasti bila pen drive kau kena jangkitan virus, dia ada ciri-ciri begini:
- Fail yang disimpan secara tiba-tiba hilang tetapi ruangan simpanan masih kelihatan seperti digunakan.
- Munculnya banyak fail dengan nama-nama pelik. Ha..yang ni fail dia double tapi bila buka kosong.
- Fail asal bertukar menjadi shortcut apabila diaktifkan. . Yang ini memang bikin ahkak panas hati. Sepuluh kali kau buka tutup komputer dan cucuk ulang kali pen drive, ianya tetap sama..fail shortcut!!!
dia jadi macam ni(gambar kredit pada encik google)
Maka ahkak pun bermulalah misi menyelamatkan fail tugasan ahkak malam tadi. Korang dinasihatkan ada ilmu sikit tentang command prompt ni sebelum melakukan penyelamatan fail. heheh.
Langkah 1
Pasang pendrive yang dijangkiti ke komputer, lalu kenal pasti huruf bagi pendrive berkenaan contohnya, f: atau g:.
Langkah 2
Tekan butang Windows untuk membuka search edit box, kemudian taip: cmd.exe lalu tekan ctrl+shift+enter untuk membuka command prompt sebagai administrator.
Langkah 3
Sesudah command prompt administrator terbuka, kita perlu membawa fokus destinasi kepada pendrive yang dijangkiti. Seperti dalam langkah pertama, taip huruf drive bagi pendrive anda seperti berikut: f: dan tekan enter.
Langkah 4
Sekarang untuk membersihkan pendrive anda, sila taip command berikut: attrib -s -r -h *.* /s /d dan tekan enter. Proses pembersihan akan mengambil masa beberapa saat. Tapi dia tak tunjukkan pun dalam skrin hitam tu. Ahkak keluar aje, dan cuba buka pen drive tu, syukur alhamdulillah semua fail telah selamat kembali.
Okeylah, sekianlah kisah ahkak di 01 April 2018 ni. Tugasan sudah pun disubmit dengan jayanya.
macam kaella lah ni, bila cucuk pendrive dekat laptop orang mesti ada virus, bila dah jadi macamni stress sangat nah, thankyou info. lepasni takyah nak stress.
BalasPadam