KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?
KENAPA KITA MESTI PERGI PASAR?
JOM PI PASAR
Jom kita pi pasar.
Kalau di Tempat KG ni ada beberapa jenis pasar. Pasar
Ikan.Pasar Sayur. Pasar Tani. Pasar Malam.
Kalau pergi ke pasar ikan. Ada satu bangunan khas untuk
jual-jual ikan. Selain ikan, boleh beli daging dan makanan basah lain seperti
fishball, fishcake, ayam bulat dan banyak lagi.
Pasar sayur. Pun ada sebuah bangunan juga. Setiap hari buka.
Ada sayur jual borong dan ada juga yang sudah dipek dengan harga RM2.50 ke
atas.
KG suka pergi pasar sayur ni setiap hari Sabtu.
Kenapa?
Sayur-sayur masa ni ada yang baru dipetik. Masih segar. Dan
kalau bernasib baik dapat harga dalam RM1-RM2.
Kebanyakan juga ada sayur-sayuran kampung seperti sayur
tutan, pucuk paku,sayur tarap, polod(umbut) dan banyak lagi.
Pasar Tani. Setiap hari Rabu. KG bukan dapat pergi Pasar Tani
sebabnya masa bekerja. Kalau masa cuti dapatlah ke Pasar Tani.
Pasar Malam. Yang ni jual makanan seperti kuih-muih, mee
goreng, sayap panggang, murtabak jawa dan banyak lagi. Biasanya dibuka jam 2
hingga jam 6 petang.
KG dalam sebulan adalah dalam 3 atau 4 kali ke pasar malam.
Cerita pasal Pasar ni, KG baru tahu tentang program Jom Pi
Pasar yang dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Program ini telah
diadakan sejak awal tahun 2017.
Inisiatif ini sebenarnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini khas untuk warga
yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutamanya di kawasan
Perumahan Awam seperti Projek Perumahan Rakyat.
Tersangatlah prihatin pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ni
kan.
Dengan tujuan utama untuk membantu meringankan beban
keluarga berpendapatan rendah. Semasa program Jom Pi Pasar ini, Kupon bernilai
RM20 diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.
Wah... seronok la dapat kupon RM20. Dapat beli ikan atau
bahan makanan basah lain. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan sikit beban kan.
Hurm, kalaulah di tempat KG diadakan program Jom Pi Pasar ni
alangkah terlebih seronoknya. Pergi pasar dengan kupon RM20 tu, KG dah boleh
dapat macam-macam jenis sayur kampung.
Apapun itu sebagai satu harapanlah, manalah tahu suatu hari
nanti di Sabah ni khususnya di Daerah Ranau akan dibuat program Jom Pi Pasar
seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni.
Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ni memang patut kita puji
kerana ianya memberi impak kepada golongan yang kurang pendapatan yang tinggal
di bandar.
Soalan Kenapa Kita Mesti Pergi Pasar belum terjawab kan.
Alah... mestilah kena pergi pasar untuk cari bekalan sayur yang masih segar berbanding di market-market tu. Lagipun di pasar ni banyak pilihan sayur. Ikan pun masih fresh kalau di pasar.
Jadi..Jom la kita Pi Pasar.
Soalan Kenapa Kita Mesti Pergi Pasar belum terjawab kan.
Alah... mestilah kena pergi pasar untuk cari bekalan sayur yang masih segar berbanding di market-market tu. Lagipun di pasar ni banyak pilihan sayur. Ikan pun masih fresh kalau di pasar.
Jadi..Jom la kita Pi Pasar.
kredit : google
tempat akak lak sayur di market lebih segar dan murah berbanding di pasar... apa pun kita ada hak pilih yg terbaik kak KG
BalasPadamSaya auka beli ikan di pasar pagi, sayur di mydin sbb murah
BalasPadamSyok la jadi pengunjung bertuah tu dapat kupon Rm20, dapat la beli sayur ;)
BalasPadamDapat kupon pergi pasar syok tu boleh buat tambah-tambah beli sayur
BalasPadamwau..boleh beli lebih lagi la barang kat pasar tu
BalasPadamMengurangkan kos sara hidup seharian walau hanya RM20 shj
BalasPadamJom pi pasar jom
BalasPadamkupon RM20 ni pun dah bersyukur sangat kan..tak tau pun pasal program ni..thanks for the awareness
BalasPadamBetul tu kak.. sekurang-kurangnya dapat juga jimat sikit kan hehe
BalasPadamProgram bagus walau kupon tu kecil ttp membantu mereka yg memerlukannya
BalasPadam