Breaking News

Puasa Sunat (Hari-Hari Putih)



Puasa Sunat (Hari-Hari Putih)


Apakah fadhilat berpuasa pada hari-hari putih? Kenapa dinamakan hari-hari putih?

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abu Zarr r.a.; “Wahai Abu Zarr! Apabila kamu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, maka berpuasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini hasan soheh)

Hari-hari tersebut dinamakan sebagai “أيام Ø§Ù„بيض” (hari-hari putih) kerana pada malam-malamnya bulan mengambang dan cerah.

[1] Raudhatul-Muttaqien, jil. 3, hlm. 261

PUASA SUNAT (HARI-HARI PUTIH), apa itu hari putih, kenapa hari putih, puasa hari putih

3 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. boleh la berlatih puasa slow2 untuk ramadan nantikan

    BalasPadam
  2. nice share..
    salam ramadhan..

    BalasPadam
  3. Thanks sharing. Sangat bermakna sharing ni

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...