Breaking News

Cuti-Cuti di Semporna Kita

Cuti-Cuti di Semporna Kita


Semporna merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Timur Negeri sabah . Semporna juga merupakan sebuah pusat peranginan yang sangat menarik terutamanya Pulau-pulaunya yang indah sehingga  menjadi tumpuan ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk datang bercuti ke Semporna.  

Pengalaman Ke Semporna?

Bagaimana hendak ke Semporna?

Terdapat 2 cara untuk datang ke Semporna ni, pertama melalui jalan darat dan kedua laluan udara (Naik kapal ler tu..).Samada korang dari Semenanjung, Sarawak dan Pantai Barat Sabah, boleh jer guna laluan udara. Tapi macam KG dari Ranau, kalau hendak guna laluan udara kenalah ke Kota Kinabalu dulu. Naik kapal dari KKIA - TAWAU. 

Boleh jer guna jalan darat tapi penat dan sakit badan la. Duduk dalam bas 9 jam atau boleh memandu sendiri. Tapi, kalau ada yang lebih mudah apa salahnya kita ikut yang mudah kan. Meh baca catatan perjalanan percutian santai KG dengan rombongan cik kiah ke Semporna.

14 Februari 2020 (Jumaat) 
 Hari pertama

BKI-TWU || Flight KG dan rombongan cik kiah tiba ke Airport Tawau lebih kurang jam 8.30 pagi. Rombongan pertama (2 orang) tiba awal sikit jam 7.30 pagi. Semangat untuk menjelajah Semporna tu sudah membuak-buak tau. Hahaha.Okey, sementara tunggu kereta sewa dihantar oleh pemiliknya, kita orang ber'wefie' dulu.


cakkk...wajah-wajah yang baru sampai dari KK. 




Ni gambar dalam seketul  Alza Putih(Kereta Sewa)

Lebih kurang dekat jam 9 pagi lebih, kereta sewa pun tiba. Seketul Alza putih ya. Disebabkan kami berenam maka pilihan adalah sebijik MPV (Alza).

Kereta sewa kita orang ni masih wangi cina uols. Haahah..maksudnya masih baru la. Bersih dan kemas lagi. Wangi? Wangi juga la...wangi kereta baru. 

Apapun memang terbaik kereta sewa ni. Kalau korang mencari kereta sewa di Tawau , Tawau kereta Sewa AATrans sangat di recommend kan. Korang boleh hubung jer FB atau terus hubung whatsapp  Tawau Kereta Sewa AATrans. Terdapat banyak pilihan kereta untuk disewa.



Klik Link Ni , Atur Sampai Jadi (Mr.Azli)
wassap.my/01131809055.com


Ni gambar depan gate 2Winn Hill Park (Next entri KG cerita pasal tempat menarik ni ya)



Sementara menanti hari esok(masuk Pulau), rombongan cik kiah la sangat ni kena check in di JE Homestay. Pemilik homestay memang baik hati sebab berikan sebuah homestay yang selesa. Ada 4 bilik. 3 Bilik di tingkat atas dan 1 bilik di tingkat bawah. Ruang tamu pun luas. Siap ada mesin basuh (manual la) kalau rasa nak basuh kain la.

Sepanjang di Semporna ni kami menginap di JE Homestay Kalau korang datang Semporna ni dan mencari homestay, bolehlah hubungi pemilik JE Homestay ni. Siap ada nombor telefon, facebook dan google map lagi KG sertakan. 

Habirun extension street, Lot 34, Taman Cahaya, 
91308 Semporna, Sabah
Nombor handphone: 013-549 7711



https://goo.gl/maps/XtcbwCkqF6HyBi3Z9

Masa di Tawau kami menginap di Taman Semarak.NURADNIBAJET HOMESTAY TAWAU. Di homestay ni ada dua buah bilik. Ruang tamu luas kalau rasa nak tidur beramai-ramai pun boleh. Hehehe. KG tidur depan tv jer atas toto.

memang begini la suasana dalam homestay tu. 

Selepas check in, misi mencari makan la pula. Perut pun sudah memanggil-manggil makanan. Kita ni, mana yang viral di facebook itu la yang akan  menjadi lokasi yang dituju. Seperti Restoran Warisan ni. Tapi lupa la pulak ambik gambar makanan. Teruja nampak suasana yang cantik, nampak ikan besar, udang besar. 








Ini Diva BB 








Malamnya kami makan di Restoran Anjung Lepa. Makanannya memang sedap. Ikan masak tiga rasa tu fresh di ambik ikannya dari akuarium. Udang dan sotong pun fresh.



Ini pula menu makan malam : Ikan 3 Rasa + Sotong Goreng Tepung + Udang Masak Butter + Kailan Tumis

Habis cerita Hari Pertama di Semporna


15 Februari 2020 (Sabtu) 
 Hari Kedua

Hari Kedua ni kami masuk Pulau. Ikut pakej yang kami pilih adalah Pakej A (Pulau Boheydulang, Mantabuan dan Sibuan). Kalau ikut dalam pakej ada 4 pulau, tapi Island Hoping tu kami tidak ke sana. Lupa pula bertanya kenapa tidak singgah di Island Hoping tu. 


Pakej ni kami ambil melalui agen Pakej Termurah Sempornaisland. Jika kamu bercadang untuk ke pulau-pulau yang ada di Semporna boleh hubungi  FB Pakej Termurah Sempornaisland. Pasti puashati.



*PAKEJ DAYTRIP/SEHARI TAHUN 2020* 


🏊‍♀Pakej A 


Pulau Boheydulang, Mantabuan dan Sibuan

# RM80 seorang (min 1-2pax)
# RM70 seorang (min 3px ke atas)

Pakej ini termasuk

- boat transport (4pulau)
-permit (TMTS & Manifest)
-life jacket
-set snorkeling(basic)
-guide snorkeling/hiking 600 meter Boheydulang
-set lunch + buahan
-mineral water (unlimited)

ITINERARY

(BOHEYDULANG-MANTABUAN-SIBUAN)

🏝island hopping Boheydulang,Mantabuan,Sibuan

8.30 -depart from jetty umum semporna
10.00-Boheydulang island
* hiking activity (must use shoes)
* lunch 

12.30- Mantabuan island

*sightseeing at island
*snorkeling (mask & snorkel provided)
2.30- Sibuan island
*sightseeing 
*snorkeling activity
3.30- return to JettyUmum Semporna

🏊‍♀Pakej B

*Pulau Kapalai,Pulau Mabul dan Pulau Gusungan
# RM 90 seorang (min 1-2pax)
# RM 80 seorang ( min 3pax ke atas)

Pakej ini termasuk

-boat transport (3 island)
-permit jetty fee
-life jacket
-set snorkeling(basic)
-guide snorkeling & walking 
-lunch box + fruit
-unlimited mineral water
(RM30 tiket masuk waterbunglow tidak termasuk)

ITINERARY

(MABUL - KAPALAI - GUSUNGAN)

8.30am - berkumpul di Jeti Umum Semporna(berhampiran floating)

9.00am - berdaftar permit dgn pihak-pihak keselamatan(pengusaha sahaja).pelancong stay atas boat untuk beberapa minit.
9.30am - bergerak ke Pulau Kapalai(destinasi pertama)
-kalau boleh bersiap dari rumah baju untuk berenang(Pulau Kapalai agak sensitif untuk pelancong daytrip tidak dibenarkan naik ke resort kecuali lawatan kerja dan pelajar).kalau tidak mandi rugi sebab coral dlm air sangat cantik.
10.30am - tiba di Pulau Kapalai(boleh lompat terus kalau mahu😬,sebab air laut jernih sangat)
-semasa mandi wajib mengggunakan life jacket
-guide untuk  snorkeling ada
12.00pm - bergerak ke Pulau Mabul
-snorkeling depan water bunglow(air dan coral sangat lawa)
1.00pm - lunch 
2.00pm - jalan2 di sekitar Pulau Mabul(kg.pulau mabul&resort waterbunglow) entrance fee rm30
3.00pm - snorkeling(last)
3.30pm - ke Pulau Gusungan(bayaran rm5 untuk turun ke pantai Gusungan)
4.00pm - balik ke Pekan Semporna

🏊‍♀Pakej C

*Pulau Timba-Timba, Pulau Mataking dan Pulau Pom-pom
# RM90 seorang (min 1-2pax)
# RM80 seorang ( min 3pax ke atas)

Pakej ini termasuk

-boat transport(3 islands)
-permit jetty fee(manifest)
-life jacket(kanak-kanak & dewasa)
-set snorkeling(basic)
-guide snorkeling
-lunch box + fruit
-mineral water (unlimited)

ITINERARY

(Timba-timba , Mataking , Pompom)

09:00am - Berkumpul di Jeti umum Semporna dan bergerak ke Pulau

10:00am - pulau Timba-Timba (aktiviti bergambar dgn pasir putih panjang yang cantik)
11:00am - Snorkeling di Timba-timba (coral lawa-lawa pastikan bawa action camera)
12:00pm - Pulau Mataking
13:00pm - Snorkeling di Mataking (spot snorkeling banyak ikan dan coral cantik2)
14:00pm - Pulau PomPom (aktiviti snorkelling)
15:00pm - bergerak ke Pekan Semporna 

16:00pm - aktiviti tamat.




Sempat bergambar atas boat sebelum tiba di Pulau Bohey Dulang



16 Februari 2020 (Ahad) 
 Hari Ketiga


Dihari yang ketiga ini sebelum ke Tawau, misi melawat ke beberapa tempat yang menarik di area Semporna ni. Hasil info dari facebook, ada la juga dua buah tempat yang pernah diviralkan telah kami jejaki.




  • 2Win Hill Parks ( next entri )
  • Pakalangan Bay ( next entri )






















17 Februari 2020 (Isnin) 
 Hari Terakhir 

Sebelum balik ke KK (terus ke Ranau ini KG la. Yang lain di KK juga), kami sempat membeli-belah di Pasar Besar Tawau dan singgah bundle sekejap. Ada juga la hasil belian. Hahaha..kalau bukan naik kapal memang ada yang memborong segala kuali, acuan kuih dan macam-macam lagi. Karang memborong, kapal tak cukup muatan. Heheh.


Kita orang sempat juga merasa Mee Tauhu Tawau sebelum balik. Ni kalau sebulan di Tawau memang berat badan naik mendadak. Sana sini makanan sedap wajib dicuba. Hahaha.


Nantikan entri seterusnya. KG cerita tentang Semporna Mushrooms Homestay, 2Win Hill Parks dan Pakalangan Bay.



kredit picture : Juvy & Diva BB

1 ulasan:

  1. Bestnya. Entah bila boleh sampai ke sana...sentiasa ada dalam wishlist akak.

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...