Breaking News

Pizza Delivery Dari 5 Tempat Ini Di Kl dan PJ

Pizza Delivery Dari 10 Tempat Ini Di Kl dan PJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita semua digalakkan untuk tidak berkumpul dimana-mana tempat awam seperti restoran, gerai dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, jika anda mahu memesan makanan pasti saja boleh bagi yang ada membuat khidmat penghantaran seperti Pizza Delivery.

Korang tahu tak? Disekitar KL dan PJ ni terdapat 5 tempat untuk korang yang memang pencinta tegar Pizza. Jom kita tengok 5 tempat tersebut

1. La Risata R



Jika anda merupakan peminat makanan Itali, pasti anda pernah ke La Risata. La Risata  terkenal dengan hidangan Itali yang asli, segar dari ketuhar tradisional kayu api, Doh pizza nipis dan rangup, pasta dan juga makanan laut. 



Telah beroperasi menyediakan makanan Itali yang terbaik di Kuala Lumpur sejak tahun 1996.


Terdapat 2 lokasi :

1. 16 Persiaran Ampang, 55000 Kuala Lumpur (Tel:03-42526269)

2. 128 Jalan Kasah, Medan Damansara, 50490 Kuala Lumpur. (Tel:03-20959572)

Masa Operasi  : Isnin – Jumaat (11:30am – 3pm / 5:30pm – 11pm) /Sabtu-Ahad( 11am – 3pm / 5:30 pm- 11pm)




2. Honcho Pizza Parlour







Honcho Pizza Parlour memulakan perniagaan mereka dari Food Truck atau Trak Makanan iaitu pada tahun 2016. Kemudian terus berkembang menjadi sebuah restoran sepenuhnya pada November 2018. Dalam beberapa bulan saja para pencinta pizza telah dapat menikmati kelazatan Honcho Pizza dalam suasana yang selesa dan berhawa dingin serta tertutup.


Walaupun sudah mempunyai restoran berhawa dingin namun food truck tersebut masih ada dan diletakkan diluar restoran beserta dapur dan ovennya yang masih tetap utuh dan berfungsi. 


Lokasi : No.35, Jalan SS 18/6, SS 18, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Masa Operasi : Isnin - Ahad (12 pm - 12am)/ Jumaat (3pm - 12am)

3. My Pizza Lab



Pizza di sini sangat unik, lain dari yang lain. Bagi mereka yang suka mencuba rasa pizza yang terbaru dan tiada dijual dikedai pizza lain, tempatnya adalah di Pizza Lab.
Pizza terbaik kreatif serta unik. Kebanyakan pizza di sini bukannya berasaskan tomato, jadi kamu akan dapat merasakan semua nuansa dan dan rasa menarik yang lebih banyak ditumpukan di atas roti pizza. Roti dan doh  pizza mereka tidak seperti dikebanyakan 
pizza yang pernah anda rasakan.


Lokasi : 12, Jalan 21/22, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Masa Operasi: Isnin(Tutup), Selasa-Ahad (5pm - 9.30pm)

4. Mikey's New York Pizza





Dengan adanya Mikey New York Pizza, anda tidak perlu lagi terbang separuh dunia semata-mata untuk sekeping New York Pizza. Alaaaa..di Malaysia pun sudah ada. Pizza yang diasaskan oleh New Yorker, Pizza New York Original Mikey adalah yang terbaik.
Mikey telah berkolaborasi dengan New Yorker asli, Michael Helfman & Andrew Belluci, bekas New Jersyan yang mula membuat pizza pada tahun 1990-an.
Pizza Mikey ini tampak nipis dan dan rangup. Walaupun nipis tetap mempunyai rasa yang sangat lengkap dan sempurna kata mereka yang pernah merasakannya. KG hanya mampu membayangkan rasanya kerana belum pernah merasa pizza yang nipis.Ianya kelihatan sangat berbeza dari pizza yang lain.
Mengenai restorannya pula, suasana restoran juga dikatakan selesa dan tenang. Dinding restorannya dipenuhi memorabilia yang membuatkan pelanggan merasa dalam suasana di New York tanpa perlu ke Hudson River Line.
Tidak seperti pizza yang lain, kepingan pizza ini tarikannya adalah pada keraknya, rasa segar dan lembut serta mudah digigit. Selain itu ringan dan lazat yang mana diatasnya ditabur keju mozzarella, sos tomato segar, minyak zaitun dan parutan keju Grana Padano. Nyummy sungguh...

Lokasi : 17, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Masa Operasi : Ahad – Khamis(11:30am – 11pm) / Jumaat - Sabtu (11:30am – 12am)


5.Fahrenheit 600





Fahrenheit diilhamkan dari Amerika Syarikat. Kenapa dipanggil Fahrenheit 600?Ini kerana pizzanya dibakar pada suhu 600 Fahrenheit sehinggakan rasa pizza ini ranggup dan lazat.

Fahrenheit 600 dan beberapa buah restoren lain di Publika adalah salahsatu outlet terpanjang berada dikawasan ini. Fahrenheit 600 merupakan salahsatu restoran yang pertama kali beroperasi diblok ini. Semenjak itu, outlet ini mendapat populariti kerana pizzanya serta beberapa masakan Itali yang lain.

Lokasi : A4-G2, Publika Shopping Mall,05,Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.
Masa Operasi : Isnin - Ahad (Kecuali Selasa) 10am-11pm




Kredit Gambar : KLFOODIE


Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...