Jadual Pembayaran i-Lestari 2021
JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI 2021
Kita sudah berada dalam pertengahan bulan Januari 2021. Awal tahun ini pastinya ramai yang ternanti-nanti pelbagai info bayaran dan perlu buat semakan sana-sini. Tapi buat semakan secara online saja ya. Semakan BPN dan mungkin ada juga yang tertanya-tanya tentang Tarikh Gaji Bulan Tahun 2021.
Bagi korang yang ada membuat permohonan pengeluaran i-Lestari pada tahun lalu, pembayaran bulan Januari 2021 mungkin sedikit lambat. Apapun memang akan tetap dikreditkan ke dalam akaun anda. Sabar.
Cara Buat Semakan i-Lestari
- Tekan “Semak Status Permohonan”
- Kemudian masukkan No IC anda, No telefon & tekan Semak.
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
Cara Buat Permohonan Baru I-Lestari Online
- Sila baca dan fahamai INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan.
- Sila ke laman rasmi i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my.
- Tekan Permohonan Baharu
- Isi Nama Penuh, No IC, No Telefon, Alamat Emel, Alamat dan Poskod.
- Pilih Jumlah Amaun Di Mohon Sebulan (RM)
- Pilih Bank dan Masukkan No Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Yang Aktif
- Tandakan pada Kotak Pengesahan Pengakuan Pemohon
- Baca Perakuan Pemohon dengan teliti & Tekan Setuju
- Tekan HANTAR.
Cara Buat Pengeluaran KWSP Online I-Lestari
1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
2. Pilih Tab Pengeluaran
3. Klik e- Pengeluaran
4. Klik Permohonan Baru
5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi
Maklumat Lanjut :
Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: ilestari@epf.gov.my
Soalan Lazim (FAQ) : Faq i-Lestari
Konsep & Prosedur Pengeluaran KWSP
1. Ahli dibenarkan keluar hanya RM500 dari Akaun 2 KWSP- KWSP akan luluskan tarikh permohonan pengeluaran. Bermula dari tarikh kelulusan hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021.
- Contoh a: Jika permohonan diluluskan pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 12 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.
- Contoh b: Jika permohonan diluluskan pada bulan Oktober 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 8 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.
2. Kenapa Hanya RM500 sahaja Boleh Dikeluarkan Sebulan?
- Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk mengurangkan beban ahli KWSP. Amaun RM500 sebulan adalah amaun yang berpatutan bagi memenuhi keperluan asas.
3. Maklumat Lanjut Mengenai Bayaran Pengeluaran i-Lestari
- Bayaran tidak boleh dikreditkan ke dalam bank orang lain.
- Ahli akan dapat notifikasi daripada SMS sekiranya bayaran telah dimasukkan.
- Jika bayaran tidak diterima walaupun permohonan telah lulus, sila buat semakan semula status pembayaran di i-Akaun (Ahli) atau hubungi talian hotline KWSP.
Dibawah adalah jadual pembayaran i-lestari bulan Januari 2021. Jika pembayaran anda tidak masuk pada 4 Januari 2021, bermaksud pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...