Breaking News

Jom Ubahsuai Data, Panggilan dan SMS Bersama Yoodo

Jom Ubahsuai Data, Panggilan dan SMS Bersama Yoodo|| Korang Pernah dengar tentang Yoodo? Untuk pengetahuan korang, Yoodo merupakan sebuah jenama perkhidmatan telekomunikasi mudah alih atau 'telco' terbaharu di Malaysia. Kira baru la berbanding dengan telko sedia ada yang kita kenali.

KG sudah lama gunakan perkhidmatan Yoodo ni. Sejak tahun 2019 sehingga kini masih jadi pengguna setia. Kenapa KG jadi pengguna setia Yoodo? Banyak kelebihannya berbanding telko lain. Jom baca lebih lanjut tentang kelebihan Yoodo ni.

Apakah itu Yoodo?

Yoodo ni macam yang korang sedia maklum, ianya telko baru di Malaysia dan cuba menawarkan kebebasan maksimum kepada pengguna untuk memilih dan mengubahsuai sendiri pelan mudah alih mengikut keperluan tanpa terikat dengan kontrak dan komitmen.

Sebelum itu, Yoodo merupakan sebuah syarikat yang dimiliki dan di bawah operasi Celcom Axiata Bhd.

Apakah yang korang boleh lakukan dengan Yoodo?

Dengan Yoodo, anda hanya perlu bayar
apa yang anda perlukan.



Reka pelan anda sendiri

Hanya bayar untuk Data, Panggilan dan SMS yang anda perlukan.

Lakukan Segalanya Pada Aplikasi Kami!

Aktifkan, pilih nombor anda, urus sehingga 5 talian, dan nikmati penghantaran SIM percuma — tiada lagi menunggu giliran atau beratur panjang.

Tukar Pelan Bila-Bila Masa

Kami tak akan paksa anda untuk gunakan pelan yang anda tak suka. Tukar pelan pada bila-bila masa ataupun berhenti menggunakan servis kami tanpa bayaran lebih!

Lebih Sebab Untuk korang Sayangkan Yoodo!

Liputan 4G Terluas

Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom. Dan ia adalah rangkaian dengan liputan 4G terluas di Malaysia.  

Yoodo ada Booster

Terlebih kuota bulanan anda? Anda hanya perlu beli booster untuk Data/Panggilan/SMS untuk meneruskan penggunaan.

SIM, eSIM & Penghantaran Percuma Atau boleh dapatkan di kedai 99 Speedmart dengan harga RM2!!!

Tak payah bayar kalau nak mula gunakan Yoodo! Kami akan hantarkan SIM secara percuma! Lagi hebat, cuba eSIM sekarang dan tak payah tunggu lagi! 

Sistem pembayaran yang mudah

Sama seperti penstriman Spotify, pada masa kini Yoodo hanya menerima kad kredit / debit untuk langganan bulanan. Ini bermakna anda tidak perlu membuat bayaran secara manual setiap bulan untuk kekal menggunakan perkhidmatannya. Caj bulanan akan akan dipotong secara automatik pada kad kredit/debit.

Anda boleh disable fungsi auto-renew ini pada aplikasi Yoodo.


Ganjaran Yoodo

Beli 10 Add-On atau 10 Pas Roam Like Home dan dapat 1 lagi secara PERCUMA!

 

Urus Sehingga 5 Talian

Aktifkan lebih SIM Yoodo untuk mak, ayah, nenek, dan ayang, dan urus semua talian di bawah 1 akaun.

 









Namun, apa perbezaan Yoodo dengan lambakan telco lain seperti Celcom, Maxis, U Mobile, Digi, Ookyo dan lain lain? Nah, uniknya Yoodo ini, pelanggan mempunyai kuasa untuk mencipta dan mengubahsuai pelan mudah alih.

Yoodo adalah antara penyedia servis telco jenis baru. Baru daripada segi tiada kedai fizikal untuk beli pek permulaan dan tiada outlet untuk tambah nilai. Hal ini kerana, semuanya, daripada pendaftaran hinggalah ke perkhidmatan pelanggan, dilakukan melalui APP di telefon.

Yoodo ni murah, anda boleh mendapatkan pakej data 5GB pada harga RM30 sebulan. Tapi ia boleh diselaraskan mengikut keperluan.

Itu bukan satu-satunya perkara best tentang Yoodo. Banyak lagi ciri cool yang boleh memberikan anda sebab kenapa perlu bertukar kepada Yoodo!

Kelebihan Yoodo Berbanding Telco Lain

 

Ubah suai pelan mudah alih


Pelanggan diberi kebebasan untuk mencipta dan mengubahsuai pelah yang mereka langgan secara menyeluruh. Ini bermakna pelanggan boleh menambah atau mengurangkan kuota pakej mengikut keperluan.

Katakan anda merupakan pengguna internet tegar di mana sering menonton video dan mendengar muzik menggunakan perkhidmatan penstriman, anda boleh meningkatkan jumlah kuota internet berbanding berbanding panggilan dan SMS.

Dalam pada itu pelanggan boleh menambah data/calls/SMS pada bila-bila masa menggunakan 'booster plan'. Yoodo booster rate adalah seperti berikut:

Data
1GB – RM10
3GB – RM30
6GB – RM40

Panggilan
50 minutes – RM5
100 minutes – RM7
200 minutes – RM9

SMS
50 SMS – RM3
100 SMS – RM5
200 SMS – RM8

Tiada kontrak dan komitmen

Ini merupakan kelemahan utama kebanyakan telco di mana pelanggan dikenakan syarat dan penggunaan yang terhad pada harga tinggi. Malah mereka juga perlu membayar 'penalti' sekiranya ingin menamatkan kontrak.

Ini tidak akan berlaku pada Yoodo. Anda boleh melanggan dan membatalkan perkhidmatan tanpa dikenakan sebarang caj.

Berurusan melalui Aplikasi Yoodo. Jom Muat Turun Aplikasi

Anda boleh muat turut Yoodo app pada telefon Android dan iOS anda:

App Store :https://itunes.apple.com/app/yoodo/id1324469029

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.celcom.yoodo

Tempah SIM Kad Yoodo secara online ataupun boleh dapatkan di 99Speedmart


Jadi kat mana nak beli SIM kad Yoodo? Kalau nak tahu, anda boleh tempah SIM kad Yoodo melalui aplikasi atau di laman web rasmi www.yoodo.com.my/‎ secara PERCUMA. 
Yup! Setelah menempah, mereka akan menghantar SIM kad tersebut dalam masa 3 hari berkerja. 

Ataupun korang boleh dapatkan di kedai 99 Speedmart dengan harga RM2.

Ketika pengaktifan SIM kad, anda perlu memasukkan kod tertentu yang telah diberikan bersama dengan nombor kad pengenalan atau passport (untuk non-Malaysians). Semua ini hanya dilakukan pada aplikasi Yoodo.

Roaming / Penggunaan data luar negara serendah RM10/sehari


Ini merupakan satu lagi kelebihan Yoodo berbanding telco lain di Malaysia. Kita sering merungut apabila bil melambung tinggi apabila melancong ke luar negara.

Tetapi Yoodo menawarkan 'Roam Like Home' iaitu perayauan data ketika berada di luar negara pada harga RM10 sehari. Buat masa sekarang negara-negara yang dibenarkan untuk menggunakan Roam Like Home adalah India, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Cambodia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand, Laos, and Brunei. Negara lain akan diperkenalkan kelak.

Liputan rangkaian yang luas

Anda tidak perlu risau akan masalah Yoodo coverage 4G/LTE. Ini kerana ia menggunakan rangkaian Celcom, dan anda akan mendapat liputan Yoodo di seluruh Malaysia.

Tidak perlu mengaktifkan VPN

Jika telco lain, anda perlu mengakifkan VPN untuk menggunakan akses tanpa had ke beberapa aplikasi berkenaan.

 


Itu antara Kelebihan Yoodo Berbanding Telco Lain. Menurut mereka yang telah menggunakannya, so far so great. Kalau lihat pada tawaran mereka, ia lebih memfokus kepada golongan muda yang mahukan lebih data internet berbanding panggilan dan SMS. Untuk lebih detail, layari www.yoodo.com.my/




Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...