Breaking News

Ahkak sudah dapat DUIT RAYA... Korang tak mau???

Pinjam gambar duit dari SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jumaat yang indah...minggu ni minggu rezeki ahkak. Saja ahkak kongsikan kisah rezeki ahkak... Memula dulu ahkak kena tipu di BIJAK MALAYSIA dan oleh PEGAWAI BANK. Okey...tak baik menipu orang dibulan mulia ni. Ujian tu ditambah dengan UJIAN HATI.  Terima kasih Allah SWT kerana sayangkan ahkak. Betullah 'hadiahNYA' dibungkus dengan indah.


Minggu ini terjawab dengan berkat usaha serta kesabaran. Selepas ahkak ditipu tu..ahkak buat laporan dengan KPDNKK.  Ya..biarpun yang ditipu tu hanya berjumlah RM200 saja (mungkin ada yang kata sikit aje pun nak buat aduan) Tapi ahkak buat juga, sebab itulah HAK PENGGUNA. Dan syukur...tidak sampai dua atau tiga minggu rasanya. Minggu ini terjawab dengan panggilan dari PEGAWAI BANK  yang menipu ahkak tu. Dia bagitahu bahawa dia sudah dihubungi oleh pihak KPDNKK dan dia sedang usahakan untuk dapatkan balik wang ahkak yang RM200. Alhamdulillah...sekurang-kurangnya pihak KPDNKK buat tindakan segera dan memang sepatutnya. Dan semalam si pegawai bank tu hubungi henpon ahkak untuk minta ahkak datang ke bank. Setelah ke sana...dia meminta maaf sebab kurang bagi penjelasan tentang BIJAK MALAYSIA. Ahkak cuma cakap sepatutnya jual insurans tidak perlu la menipu semata-mata mahukan komisen kan. Apapun semua sudah settle dan ahkak dapat balik duit ahkak. 



Memang sebelum ni ahkak ada terfikir juga, sekiranya ahkak yang terlepas pandang dan dengar penerangan dorang..mesti dorang fight balik kan. Ternyata memang benar la telinga ahkak ni masih okey dan bukan buat tuduhan atau aduan palsu. Bulan puasa ni tak baik simpan dendam... tak apa benda sudah selesai..ahkak pun dah maafkan si pegawai tu. Semalam juga ahkak menang topup RM10 dari segmen SIS MIALIANA .  Tak cukup dengan tu...pagi tadi kawan bagi $$$ lagi untuk topup henpon (sebab dia janji nak belanja topup) dannnn, baru juga sebentar tadi seorang kawan bayar harga jersi ahkak. 

Ha....hari Jumaat ni panjang saja entri pasal DUIT dan REZEKI ahkak kan... Apa salahnya ahkak ajak korang carik DUIT RAYA

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...