Majlis Perkahwinan adik
Ini pelamin suku kaum bajau(Tradisi)
Pelamin Ori...(moden punya)
Ini majlis malam berinai(meriah uolsss)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebenarnya kisah kawin-kawin ni sudah lama berlalu. Tahun lalu lagi. Masa ahkak malas buat entri, sekarang baru ringan jari sket. Dan..mungkin bila melihat gambar, korang boleh tafsir sendiri kisahnya. Mengenai pelamin tradisi suku kaum Bajau tu, ya..isteri adik ahkak tu bangsa Bajau. Jadi mak mentua adik tu memang lah nak buat cara tradisi dorang kan.
Di Sabah, bila menghadiri majlis-majlis kahwin...memang ada banyak perbezaannya. Setiap daerah di Sabah...Di daerah ahkak sendiri RANAU...memang berbeza. Majlis dari jam 1 petang sehingga 1000 malam. Tapi sekarang makin kurang sudah sehingga larut malam. Bukan apa, di tempat ahkak makin malam semakin ramai tetamu yang datang. Kalau di daerah lain kalau majlis sampai jam 4 petang..selepas tu jangan harap nak datang majlis lagi la....kau datang untuk cuci pinggan mangkuk ker kalau sudah jam 5 petang? Majlis dah tamat jam 4 tadi yang oiiiii...
Okey la....cukup setakat tu cerita majlis kahwin adik ahkak. Banyak lagi sebenarnya tapi...nanti panjang pulak entri ni...
Sekian dulu ya...
Tiada ulasan
sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...