Breaking News

Tinggaton atau Sirih, Pinang dan Kapur


Sireh, Pinang dan kapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah dengan perkataan TINGGATON? ha..siapa pernah dengar, baguslah. Mesti tau apa benda tu kan. Yang belum dengar perkataan tu..ini adalah perkataan baru untuk korang. hihihh...Inilah uniknya di Sabah. Macam-macam ada... tapi ahkak yakin tempat korang pun mesti banyak juga benda yang tiada di Sabah...sebab itu tempat korang unik.

Okey la... TINGGATON tu sebenarnya SIREH,KAPUR,PINANG. Pendek kata jika ada SIREH+PINANG+KAPUR= TINGGATON. Di tempat ahkak ni memang ramai yang makan tinggaton. Tua muda...memang makan benda ni kecuali ahkak. Hihihi...ahkak makan pinang sudah mabuk. Makan dengan sireh campur kapur  lagilah mabuk tak terkata. Tapi bagi yang biasa makan benda ni, selepas makan nasi tinggaton la yang dicari untuk pencuci mulut. Percaya atau tidak...ha masa kenduri-kendara atau ada keramaian try tengok sendiri. Orang tua-tua selalu bawa bekalan tinggaton ni.

Selain tu...dengan tinggaton ni juga la saling mengenali antara satu sama lain. Kau kalau sudah ke tempat lain, kebetulan tiada bawa tinggaton tapi air liur meleleh sebab mencari benda tu...ha,dengan orang yang kau tak kenal pun kau boleh tanya "haro tinggaton nu?" (kamu ada tinggaton?) Orang kaki tinggaton ni boleh kenal orang yang makan tinggaton juga, sebab tu dia berani tanya. Hihihi...

Ha...kan ...bertapa istimewanya TINGGATON ni pada orang yang menggemari benda ni. Ala...macam kaki perokok juga la....

Sekian dulu ya...wassalam.

Tiada ulasan

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...