Breaking News

DORAYAKI

Resepi Dorayaki

Oleh:Shahida Kamal Shah

resepi dorayaki, doraemon, makanan jepun, dorayaki doraemon
Gambar kredit to Firzanah


Bahan-bahan
100 gram tepung gandum
60gram gula
2 biji telur
2 sudu teh madu
Setengah sudu kecil soda bikarbonat
Setengah sudu kecil esen vanilla
Setengah sudu teh minyak masak
50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)

Inti : inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)

Cara-caranya:

1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake.


NOTA KAKI serta TANGAN: Resepi ini diletak disini sebagai rujukan ahkak. Ahkak dah bagi KREDIT dari mana ahkak dapat resepi ni...

5 ulasan:

  1. wahh .. dah lama jugak cari cara nak buat dorayaki neh.. last2 jumpak jugak..hehe, boleh la bagi doremon kt qumah saya makan lepaih neh

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. org lain buat sedap..kita buat sendiri..n makan sendirik tak sedap

      Padam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...