Breaking News

Boleh Pinjam Bahu Awak?

Boleh Pinjam Bahu Awak?


SUMBER GAMBAR : SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah tidak korang rasa hendak menangis dibahu seseorang? Atau mungkin rasa sebak dihati ada... bila 'seseorang' itu peluk korang dan menepuk belakang korang seperti meredakan perasaan sedih korang dengan deras airmata korang mengalir. Pernah? Bersyukur la bila ada seseorang yang baikhati pinjamkan bahu dia untuk korang menangis.

Dan...jangan pernah lupa pada seseorang itu bila kamu sudah lepas dari segala kesedihan. Mungkin seseorang yang pernah pinjamkan bahu untuk kamu itu akan tiba masanya untuk bersedih. Masa itu...jadilah seseorang yang prihatin pada dia.

Owh...KG rasa sayu-sayu la pulak buat entri ni. Apa kess?..hihihihi...saja mengingatkan pada diri sendiri dan sesiapa saja. Jangan mudah lupa diri bila kegembiraan menemani kita. Sebenarnya, KG rasa semacam bila ada insan yang hanya mempergunakan KG. (Rasa diperguna konon) Ya...disaat insan itu dilanda kesedihan dan musibah..KG ni baikhati sorong bahu ni tempat insan tu lepas kesedihan. KG bantu segala kesulitan biarpun KG ni bukanlah berharta sangat. Namun disaat KG sedih dan ditimpa masalah...insan itu hanya MAMPU melemparkan kata-kata yang buat perasaan KG DOWN. (apa perkataan melayu erk...huhuhuh...) Dan saat itu baru KG tahu ... hati orang semuanya tidak sama. Sejahat mana pun kita...bila nampak insan bersedih dan ditimpa masalah kita masih tahu berbuat baik. Dan bagi mereka yang rasa mereka baik dan tidak melakukan kesalahan... Masa sedih dorang perlukan sokongan tapi bila mereka sudah gembira...orang lain punya problem " Apa hal aku nak masuk campur..masalah lu..lu urus sendiri la. Apa kaitan wa dengan lu?"

Kaitan?Kita berkaitan wahai insan. tapi disebabkan lu sudah cakap sama KG begitu...Kita tunggu la balasan lu sendiri insan. Tidak KG yang balas mungkin insan lain. KG yakin Allah SWT Maha Adil. Ahkak redha aje la...biarlah. Sampai saat ini terbayang-bayang ayat lu tu.


Okey la...sekian entri jiwa-jiwa. 

2 ulasan:

  1. bila da lama terpendam, lama lama meletus jugak rasa. masa tuu laa rasa nak amik semua org punya bahu. hihi

    BalasPadam

sila beri respon dgn n3 ini, agar saya rasa dihargai
tenkiu atas kritikan+komen korank...